.

.

September 11, 2011

Upgrade new concept...



Ngak ada apa-apa yang gue mahu diskus2, gusip2 atau pun kongsi2 di dalam entry ini. Gue tu cuma mau kabarin sama kamu semua yang album gue udah dinaik taraf, ya iyalah orang luar negara katanya upgrade..huhu. Kayanya dulu ngak enak deyh album gue, terus gue ubah konsep nya kasi lagi menarik donk. Makanya kamu semua harus lihat deyh gue punya album, penat donk aku upgrade nya tadi siang. Waduhh2, ngobrol indon ya lo di sini ya..hehehe. Jangan lupa lihat albumnya ya, tinggallin komentar nya sekali donkkk. Ya udah, gue pulang indon dulu ya..Daaaaa~ =)



....assalammualaikum....

September 10, 2011

Belia benci anjing...



Mengikut kajian yang dilakukan oleh Badan Pencegah Maksiat Negeri Di Bawah Bayu, seramai 8 daripada 10 orang masyarakat Malaysia tidak menyukai haiwan yang bergelar "Anjing" atau bahasa saintifiknya "Anjin Tapioca Nadal". Kenyataan ini disokong kuat oleh blog IdealCrazeeZone yang mengeluarkan entry berunsur syirik ini kerana beliau sangat berang terhadap anjin bertompok cokelat yang menyerang beliau pada malam Khamis lalu. Beliau sangat bernasib baik kerana anjin pertengahan usia itu tidak mampu menyaingi kepantasan beliau berlari pada malam tersebut.

Pada malam kejadian kira-kira jam 11.20 malam, mangsa yang bernama IdealCrazee (23) pulang dari tempat kerja dengan berjalan kaki seorang diri ditemani cahaya bulan syawal. Pada mulanya mangsa tidak menyedari akan kehadiran anjin berbaka parsi itu sedang berbaring ditepi jalan. Namun bunyi yang terhasil dari sepakan sudut mangsa ke atas tin kosong berjenama Livita "less sugar" telah mengejutkan si anjin tersebut. Si anjin yang terkejut lalu naik berang kerana mimpi basahnya diganggu oleh mangsa. Nyalakkan si anjin membuatkan mangsa terkejut lalu naik berang juga membuatkan si mangsa membaling batu ke arah si anjin. Si anjin yang sedang berang lalu mengejar mangsa dengan kelajuan 30km/j tanpa ada rasa bersalah. Mangsa yang panik terus berlari sambil berteriak meminta tolong. Hahaha...lawak giler bila terfikir balik time tu, malu pun ade..hehehe.

Namun mangsa bernasib baik kerana si anjin tidak terus mengejar beliau. Mangsa yang dalam keadaan kepenatan sempat mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anjin tersebut sebelum meneruskan perjalanan pulang. Mangsa akhirnya selamat sampai ke rumahnya walaupun kepenatan dikejar anjin gatal tadi. - THE END -



....assalammualaikum....

September 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011...


" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "
" MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN "


Sorry la kawan-kawan ku semua sebab agak terlewat sikit aku wish raya kat korang semua. Agak sedikit busy kebelakangan nie sebab handle kes curi kasut kat surau belakang rumah aku nie. Binawe betol sape yang curi selipar Facebook aku, tak pasal-pasal aku pun jadi pencuri selipar jugak malam tu. Tapi aku pulangkan balik ok! sebab selipar yang aku amik tu sebenarnye selipar untuk orang amik wuduk. Aku curi malam tu, malam tu jugak aku dapat pembalasan. Korang nak tau ape jadi? Biase la selipar wuduk, cap ayam laut afrika. Dah rase macam itik pulang petang dah aku malam tu, "kuek kuek kuek kuek" bunyi selipar tu tiap kali aku berjalan. Malu giler bai bile lalu depan rumah-rumah jiran. Siap ade yang tegur lagi, "ini itik pulang malam ye bang"...argghhhh tension3x

Anyway aku taknak cerita banyak, just nk wish raya je main point nye..huhu. Sorry ye kawan-kawan kalau aku ade TERkasar bahasa, TERpukul korang kat mana-mana, TERngumpat pasal korang bila-bila, TERemo tak pasal-pasal and TER macam-macam lagi..harap korang maafkan aku ye. Walaupun ayat-ayat nie aku amik dari wish aku yang tahun lepas, tapi aku ikhlas bai taip balik..heeee. Harap korang pon ikhlas maafkan aku ye.

jom usha dan comment album Aidilfitri saya di sini
terima kasih


....assalammualaikum....