.

.

October 25, 2012

Salam Aidiladha 2012 untuk semua...



salam Aidiladha untuk semua bloger-blogger Malaysia!

Cuba untuk kembali aktif dalam ber-blogging. Insyallah kalau ada masa aku akan sentiasa update blog gila aku nie, sekurang-kurangnya satu post untuk setiap seminggu..hehehe. Umur makin meningkat naik dan tanggungjawab pun semakin membesar, itu adalah alasan yang sesuai untuk aku bagi. Serius bhai memang aku takder masa nak ber-blogging sekarang  nie, tak macam dulu lagi dah. Anyway i'm so sorry ok....adiossssss~



....assalammualaikum....

September 8, 2012

iCrazee : Telefon pintar pertama Malaysia!



Membanggakan! Kini buat julung kalinya Malaysia mempunyai model telefon pintarnya sendiri dengan ciri-ciri dalaman yang tidak kurang hebatnya dengan jenama telefon pintar yang lain. Bakal berada di pasaran pada awal tahun 2013 nanti, model telefon pintar iCrazee 4S keluaran IdealCrazee.inc ini bakal menjadi pesaing terbesar kepada produk-produk keluaran syarikat gergasi seperti Apple dan juga Samsung.

Dengan mengambil idea rekabentuk luaran daripda model iPhone dan juga Samsung, model telefon pintar ini menggunakan perisian daripada Android dan diperkuatkan kelajuannya dengan menggunakan Quad-core i5 chip keluaran IdealCrazee.inc sendiri dimana ianya 3 kali lebih laju daripada Dual-core A5 chip keluaran syarikat Apple sebelum ini.


iBox : Aplikasi terbaik bagi penggemar karaoke dimana ianya berfungsi seakan sistem k-Box yang digunakan di pusat-pusat hiburan keluarga dalam negara. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di AppStore mahupun di NokiaStore. Pengguna hanya perlu memuat turun lagu yang digemari atau boleh terus berkaraoke secara online tanpa perlu memuat turun lagu terlebih dahulu. Selain itu, terdapat juga fungsi 'share', dimana pengguna boleh berkongsi hasil vokal mereka terus ke laman sosial. Tetapi tidak digalakkan kerana iBox direka khusus untuk simpanan peribadi. Kalau nak sangat publisiti pergi sahaja di Youtube. Bleeerrkkkkk~ :P




**segala informasi dan gambar di dalam entry ini
hanya sekadar rekaan @ imaginasi semata-mata
....assalammualaikum....

August 25, 2012

Syawal #7 : It's my birthday...



Alhamdulillah, syukur kepada-Mu ya Allah kerana melahirkan dan mengizinkan aku untuk berada di atas bumi ciptaan-Mu ini. Terima kasih banyak-banyak juga kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang banyak berkorban demi membesarkan aku sehingga ke hari ini. Dah 25 tahun aku hidup, dan lagi berapa tahun pulak la aku akan hidup kat dunia nie. Itu semua di tanganNya, aku hanya mampu redha dan bersiap sedia akan panggillannya nanti. Mudah-mudahan Dia menerima segala ibadahku, taubatku serta memberkati segala doa-doa yang aku panjatkan kepada-Nya. Insyallah~


Terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang wish walaupun ianya bukan la official birthday aku pun..huhu. Kalau korang semua nak tau, setiap kali birthday aku, sure aku akan teringat dengan satu ayat nie.......


"...tak perlulah diingatkan bila kita lahir,
sebaliknya beringatlah bila kita akan mati."




....assalammualaikum....

August 22, 2012

Salam Aidilfitri 2012.




saya Mohd Aidil Bin Boh Bery ingin mengucapkan
selamat menyambut
HARI RAYA AIDILFITRI
mohon maaf jika ada salah silap yang telah saya lakukan kepada anda semua
sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja
semoga lebaran ini dapat mengeratkan lagi talian siratulrahim antara kita semua
insyallah



....assalammualaikum....