.

.

November 24, 2011

The Robot Remains!

Fuhhh fuhhhh fuhhh...perghhh! berhabuk berdaki semua ada blog IdealCrazeeZone nie, dah macam kotak PSone yang kat bawah katil aku tu. Berkurun aku tinggalkan blog aku nie, ayat yang dah biasa blog aku dengar "busy kerja maa"..hehe. Orite, korang pernah dengar "Jabbawockeez" tak?? kalau tak pernah pergi search kat Youtube cepat, confirm korang akan terus click-click video diorang yang lain.


Aku cukup suka betul dengan team The Bangerz, best tengok diorang terkinja-kinja atas stage tu..hehe. Kalau korang semua nak tau aku pernah pasang impian nak ada team dance macam tue jugak. Style kot! hahaha..Hari rabu mingge lepas company aku ada buat Annual Dinner, so setiap branch kena buat at least 2 performance. Masing-masing blur tak tau nak perform apa, so aku bagi la pendapat supaya buat dance group. Bagi diorang tengok video Jabbawockeez tu, then diorang setuju nak buat. Aku antara staff yang beriya-iya nak dance..hehe. Boss suka gila tengok masa kitorang tengah training, then dia bagi cadangan jadikan kitorang punya performance sebagai gimik untuk annual dinner tu.


Serius aku excited gila masa tengah perform malam tu, sebab semua yang tengok berdiri sambil bersorak-sorak kat kitorang. The best moment is semua VVIP yang datang berdiri and tepuk tangan lepas kitorang abis perform. Tapi sedihnya kitorang tak dapat copy video performance kitorang, masing-masing kemut nak bagi..huhu. Yang dapat cuma gambar jer, takper la janji ade kenangan untuk performance kitorang malam tu.




....assalammualaikum....

September 11, 2011

Upgrade new concept...



Ngak ada apa-apa yang gue mahu diskus2, gusip2 atau pun kongsi2 di dalam entry ini. Gue tu cuma mau kabarin sama kamu semua yang album gue udah dinaik taraf, ya iyalah orang luar negara katanya upgrade..huhu. Kayanya dulu ngak enak deyh album gue, terus gue ubah konsep nya kasi lagi menarik donk. Makanya kamu semua harus lihat deyh gue punya album, penat donk aku upgrade nya tadi siang. Waduhh2, ngobrol indon ya lo di sini ya..hehehe. Jangan lupa lihat albumnya ya, tinggallin komentar nya sekali donkkk. Ya udah, gue pulang indon dulu ya..Daaaaa~ =)



....assalammualaikum....

September 10, 2011

Belia benci anjing...



Mengikut kajian yang dilakukan oleh Badan Pencegah Maksiat Negeri Di Bawah Bayu, seramai 8 daripada 10 orang masyarakat Malaysia tidak menyukai haiwan yang bergelar "Anjing" atau bahasa saintifiknya "Anjin Tapioca Nadal". Kenyataan ini disokong kuat oleh blog IdealCrazeeZone yang mengeluarkan entry berunsur syirik ini kerana beliau sangat berang terhadap anjin bertompok cokelat yang menyerang beliau pada malam Khamis lalu. Beliau sangat bernasib baik kerana anjin pertengahan usia itu tidak mampu menyaingi kepantasan beliau berlari pada malam tersebut.

Pada malam kejadian kira-kira jam 11.20 malam, mangsa yang bernama IdealCrazee (23) pulang dari tempat kerja dengan berjalan kaki seorang diri ditemani cahaya bulan syawal. Pada mulanya mangsa tidak menyedari akan kehadiran anjin berbaka parsi itu sedang berbaring ditepi jalan. Namun bunyi yang terhasil dari sepakan sudut mangsa ke atas tin kosong berjenama Livita "less sugar" telah mengejutkan si anjin tersebut. Si anjin yang terkejut lalu naik berang kerana mimpi basahnya diganggu oleh mangsa. Nyalakkan si anjin membuatkan mangsa terkejut lalu naik berang juga membuatkan si mangsa membaling batu ke arah si anjin. Si anjin yang sedang berang lalu mengejar mangsa dengan kelajuan 30km/j tanpa ada rasa bersalah. Mangsa yang panik terus berlari sambil berteriak meminta tolong. Hahaha...lawak giler bila terfikir balik time tu, malu pun ade..hehehe.

Namun mangsa bernasib baik kerana si anjin tidak terus mengejar beliau. Mangsa yang dalam keadaan kepenatan sempat mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anjin tersebut sebelum meneruskan perjalanan pulang. Mangsa akhirnya selamat sampai ke rumahnya walaupun kepenatan dikejar anjin gatal tadi. - THE END -



....assalammualaikum....

September 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011...


" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "
" MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN "


Sorry la kawan-kawan ku semua sebab agak terlewat sikit aku wish raya kat korang semua. Agak sedikit busy kebelakangan nie sebab handle kes curi kasut kat surau belakang rumah aku nie. Binawe betol sape yang curi selipar Facebook aku, tak pasal-pasal aku pun jadi pencuri selipar jugak malam tu. Tapi aku pulangkan balik ok! sebab selipar yang aku amik tu sebenarnye selipar untuk orang amik wuduk. Aku curi malam tu, malam tu jugak aku dapat pembalasan. Korang nak tau ape jadi? Biase la selipar wuduk, cap ayam laut afrika. Dah rase macam itik pulang petang dah aku malam tu, "kuek kuek kuek kuek" bunyi selipar tu tiap kali aku berjalan. Malu giler bai bile lalu depan rumah-rumah jiran. Siap ade yang tegur lagi, "ini itik pulang malam ye bang"...argghhhh tension3x

Anyway aku taknak cerita banyak, just nk wish raya je main point nye..huhu. Sorry ye kawan-kawan kalau aku ade TERkasar bahasa, TERpukul korang kat mana-mana, TERngumpat pasal korang bila-bila, TERemo tak pasal-pasal and TER macam-macam lagi..harap korang maafkan aku ye. Walaupun ayat-ayat nie aku amik dari wish aku yang tahun lepas, tapi aku ikhlas bai taip balik..heeee. Harap korang pon ikhlas maafkan aku ye.

jom usha dan comment album Aidilfitri saya di sini
terima kasih


....assalammualaikum....

August 10, 2011

Crazee Revolution league...



Kepada korang-korang yang suke main fantasy league, sila la join league si gila ini. Tiada yuran penyertaan, tiada cukai tersembunyi, hanya sekadar main click-click di PC or lappy anda sahaja. Lebih 20 team sudah menyertai, kalau tak percaye bleh gi check sekarang..hehe. Pihak penganjur tidak akan sama sekali bertanggungjawab sekiranya button left click mouse anda rosak ataupun jari telunjuk kanan anda krem. Sebarang kerosakkan atau kecederaan adalah atas tanggunggan peserta sendiri. Sebarang saman-menyaman selepas kekalahan adalah amat ditegah dan diharamkan sama sekali. Sekian~

Cara-cara nak join :
>> http://fantasy.premierleague.com/ >> sign up >> create team >> "Join a league" >> "Private league" >> key in password (ade kat pic atas) >> "Join" >> done!


" play beautiful, dont play like a fool "



....assalammualaikum....

August 2, 2011

Bazar ramadhan seksyen lapan belas...


Bazar ramadhan, tempat sesuai untuk warga kota membeli juadah untuk berbuka puasa pabila azan waktu Maghrib dilaungkan di corong-corong speaker surau ataupun masjid. Waahhh..terasa agak kekok jugak aku nak menaip karangan macam gini..hehe. Sebenarnye aku nak kongsi cerita dengan korang semua pasal hari pertama aku ke bazar ramadhan.


Korang pernah pergi bazar kat seksyen 18, Shah Alam tak?? Off course tak pernah kan? Sebab hari nie baru diorang bukak bazar kat situ. Semalam pasar malam, so geng-geng bazar terpaksa mengundur diri untuk memberi laluan kepada geng-geng pasar malam mencari rezeki diorang. So setiap hari senin memang tak akan ada bazar ramadhan kat seksyen 18 tu.Alright, tu cerita pasal salah silah dia. Sekarang aku nak cerita pasal keadaan dan suasana dia pulak. Kalau korang ada facebook aku confirm korang dah tau apa yang aku nak cerita sekarang nie, sebab aku ade buat post pasal bazar tu tadi..hehe. Straight to da point jer la ek? Seriously keadan bazar tu agak menyedihkan. Sebab apa? sebab kawasan bazar tu agak sempit. Sempit satu hal, satu lagi sesak, sesak dengan orang-orang yang datang. Owhh lupa nak bagitau, gambar diatas bukanlah gambar sebenar, hanya sekadar hiasan entry sahaja..hehe.


Tadi aku pergi la bazar tu, tetiba terasa nak berbuka kepak ayam bakar bermadu RM1.20 satu..hehe. So habis kerja dalam pukul 6 tadi aku straight pergi bazar tu. Perrgghhh..sampai-sampai je terus hilang mood, sebab tengok entrance dia pon da beratur orang nak masuk. Tapi disebabkan perut mengidam kepak ayam bermadu tu aku redah jer la.Nak tau ramai mana orang kat situ, begini-gini ramainya korang tau tak. (sambil menepuk high-five dibelakang tangan kiri). Seriously ramai giler..orang luar + orang dalam + budak-budak UITM + pekerja-pekerja Mydin yang berhampiran. Kalau korang pergi tak berlaga punggung memang tak sah la orang kata..huhu. 45 minit bai aku kat dalam bazar tu, sampai ke hujung bazar tu aku jalan cari kepak ayam. Nak kata bazar tu panjang takder la panjang mana pon, ciput je. Tapi disebabkan ramai orang tu yang membuatkan bazar tu terasa panjang.


Penat berjalan, kaki letih, mood kepak ayam pon dah hilang. So aku decide keluar jer dari bazar tu. Fuhhh terasa macam join perhimpunan bersih sat tadi..huhu. 45 minit mase aku terbuang dok dalam bazar tu, keluar tangan kosong jer..sedih betul. Sesampai je kat rumah dengan muka stim and lesu aku terbau ayam bakar. Berlari aku pergi bukak tudung saji. Alhamdilillah, kepak ayam bakar bermadu terhidang di situ. Mak aku pelik tengok aku tersenyum kat depan tudung saji. Oiii!!! tak puasa ke?? sampuk ayah aku. Aku dengan muka semenyenye capai tuala terus masuk bilik air. Maaf tak sempat nak amik gambar kepak ayam tu. Sangat lazat kowt..hehe. Kesimpulannya diharapkan pihak yang berkaitan dapat mengubah keadaan sesak dan sempit tu kepada keadaan yang lebih selesa daripada keadaan yang sedia ada demi untuk keselesaan dan keselamatan para pelanggan bazar terbabit. The End =)



....assalammualaikum....

July 29, 2011

Saya terangsang bila hujung bulan...

Oh yeahh ahhhhh!!! Sorry aku tak boleh kawal nafsu aku bila dah hujung-hujung bulan macam nie. Entry kali ni agak 18SX sikit, tapi korang jangan risau sebab tiada gambar-gambar wanita separuh bogel atau apa-apa yang berunsurkan lucah di upload dalam entry nie. Aku sebenarnya just nak kongsi keinginan aku dengan korang semua. Keinginan??? betul ke ayat aku tu?  Tak kisah la, janji maksud ayat tu korang paham. 

Setiap kali hujung bulan jer mesti otak aku mula ter-imagine benda-benda yang aku gersang sangat nak ada. Maybe sebab aku jealous tengok orang lain ade, tapi aku takder kot..hehe. So kat sini aku tunjuk dan paparkan pada anda semua antara benda-benda yang selalu buat scene flash-back dalam fikiran aku setiap kali hujung bulan. Roll VT!!!


1st thing yang aku nak beli sebab jealous tengok chief IT aku pakai HTC Desire


yang ni memang dah lame aku aim, tapi sampai sekarang dok postpone


memang boring setiap kali hari cuti, so teringin nak angkat satu..2 pon takper kot
hehehe


yang ni aku rasa tak penting sangat kot bila dah ada Nokia N9 tu..hehe
sorry, gua bukan kaki DSLR, DLRS, DRSL, DLRT or what everrrr~


Alright, tu la benda-benda yang aku gersang sangat nak ada kat atas meja dalam bilik kecilku ini. Ade bran tak belanja aku sebijik?? Sesungguhnya membuat amal jariah dikala bulan Ramadhan tiba amatlah diharuskan. Please please please....seriously aku sangap!!!! =)

" biar gaji ciput, janji jangan kemut "


....assalammuaikum....

July 27, 2011

He's always by our side...


Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul beramai-ramai pada malam khamis yang indah ini sambil membaca entry merepek dari blog IdealCrazeeZone yang sudah lama ditinggalkan terbiar usang kerana tuan empunya blog amatlah busy dengan kerja-kerjanya sehingga mengabaikan blog yang sangat comel ini. Terbaringnya saya di depan laptop HP Pavillion dv3000 ini adalah untuk berkongsi kisah gembira saya dengan anda semua. Apa ceritanya??? sila click pada gambar untuk keterangan lanjut........


banyak kan gaji aku?? nanti belanje korang semua..hehe
sorry terpaksa di-sensored =P

Alhamdulillah, syukur teramat sangat kepada-Mu ya Allah kerana melimpahkan rezeki-Mu kepada hamba-Mu ini. Dengan ini, secara rasminya aku bergelar IT Assistant di syarikat Mydin Mart Trishaas Sdn. Bhd. dimana aku berkerja dibawah pimpinan En. Muizzuddin, chief IT aku. Semoga lepas nie aku akan terus maju kehadapan walaupun hanya sekadar memiliki Diploma In Multimedia. Kalau ada rezeki nanti aku nak sambung degree kat Multimedia University, memang da lama aku impikan...Insyallah. Korang doa-doakan untuk aku ye. Nanti aku belanja tart nenas ngan lemang 3 batang, raya kan da nak dekat..hehehe.  =)


....assalammualaikum....

June 17, 2011

Hye, i'm ideal crazee and this is...



WARNING
the word in this blog were written by crazy person
so for your safety and the protection of those around you
do not attempt any of words you're about to read

Waaahhh...berbaur poyo sungguh ayat kat atas nie yek..hehe. Just nak inform yang sekarang nie IdealCrazeeZone sudah berwajah baru selepas
di-hack oleh Anonymous sebentar tadi. Jangan mara arrr~
cantek tak, cantek tak, cantek tak?? heee... =)



Another good news for all IdealCrazeeZone blog's followers
sekarang nie IdealCrazeeZone sudah ade official Facebook page
dulu ade, tapi TER-delete sudah. Sorry..heeee...
- like like like like like like like -


....assalammualaikum....

Ops Malaysia : Blog aku pun kena hack!




mrCrazee have no idea about this..Mood equal to tension + jiwa kacau
mrCrazee is currently try to solving this freaking shit!
tteeeeeeeeeetttttttt~



....assalammualikum....

June 16, 2011

Do not persuade my heart...




mrCrazee is currently in Jiwa Kacau mood
he is totally insane right now
for your safety and the protection of those around you
please do not try to persuade his heart
and the most important is
please don't drink and drive, beware of dog!



....assalammualaikum....

June 10, 2011

The next episode...



Allright, semalam hari ke-2 aku training untuk jadi IT Technician kat Mydin Mart Shah Alam. Best la jugak because kerja dia tak meletihkan macam kerja aku jadi cashier sebelum nie. Masa datang interview nak mintak kerja hari tu aku just apply untuk jadi pembantu inventory je, tapi disebabkan dah penuh aku di-offer untuk menjadi cashier. So aku on ajer, cashier pun cashier la janji aku ade kerja nak buat daripada duduk rumah jer. Sepanjang jadi cashier aku tak banyak buat masalah, datang awal, kerja semua ok. Biasa la budak baru kan, memang skema la aku time tu..hehe.

Dua bulan lebih aku bergelar cashier kat Mydin Mart Shah Alam tu. Masuk pukul 9am keluar pulak pukul 11pm, hari2 macam tu. Fuuhhh..penat memang penat tapi best because kawan2 kerja semua sebulu. Gelak2 jer bila time kerja. Seronok kawan dengan diorang semua, tapi sekarang keseronokan tu dah hilang. Hari Selasa lepas, masa tengah dok melayan customer and scan2 barang, aku dapat call dari customer service " hello sayang, gi masuk bilik sir Silvam sekarang, dia nak jumpa kau". Dalam hati " OMG, aku ade buat ape2 salah ke? aku ade curi duit kat counter ke?? ". Berdebar2 hati aku saat kaki  melangkah masuk bilik sir Silvam. Setengah jam aku duduk dalam bilik tu rupanyer diorang nak offer aku untuk jadi IT Technician..buat suspend jer..huhu.

Alhamdulillah, syukur sangat2 kat Allah s.w.t sebab bagi aku peluang nie. Memang aku agak terkejut masa di-offer tu because baru 2 bulan jer kot aku kerja kt Mydin tu tapi dah di-offer untuk jadi IT Technician. Yang aku pelik macam mane diorang dapat tau yang aku nie ade certificate Diploma In Multimedia sedangkan hari tu aku interview guna result SPM jer..huhu. Buat masa nie aku still as cashier, but in training untuk jadi IT Technician at the same time. Agak excited jugak aku nak jadi technician tu, because dah lame aku mencari kerja yang berkaitan dengan bidang yang aku study dulu. Korang semua doa2kan untuk aku yer, nanti aku belanje Milo Choco Bar..hehehe. =)


" bekerja keras untuk jadi pandai, bukan jadi pandai untuk bekerja keras "


hope korang semua suka dengan chocolate nie..heee

Hari selasa yang lepas birthday aku, so aku dengan hati terbuka berniat nak belanja semua kawan2 aku kat department cashier tu. Actually aku taktau nak belanja ape untuk diorang because budget pun ciput jer..hehe. Mulanya aku nak belanja diorang chocolate Cadbury, tapi aku teringat kata2 sorang kawan aku nie " antara chocolate Cadbury and Milo, chocolate Milo is more better sebab Cadbury manis sangat ". So aku decide belanje diorang semua chocolate Milo Choco Bar yang berharga RM2.50 sahaja + Cloud 9. Sorry la kawan2, itu je yang aku mampu nak bagi kat korang. Korang pun tau kan gaji cashier banyak mane je pun..hehe. So enjoy it.!!!! =)



....assalammualaikum....

June 7, 2011

I'm speechless...



          Yezzaaaa...hari nie umur aku genap 24 tahun..yeaayyyy!!! Rasa happy sebab hari nie birthday aku, tapi ada jugak rasa unhappy because aku dah semakin tua berusia..omg! huhu. Ntah la, taktau macam mana nak cakap ape yang aku rase setiap kali sampainya birthday aku.

          Selalunya birthday aku memang takder sape2 pon yang nak sambut, sepanjang aku hidup selama 23 tahun yang lepas memang aku tak pernah dapat kek yang ade tulisan " Happy Birthday Aidil! / Selamat Hari Lahir Aidil! " kat atas kek tu. Seriously memang aku tak pernah dapat birthday cake. Mungkin just aku sorang je yang ingat pasal birthday aku, setiap tahun aku berharap supaya ade sape2 bagi birthday cake kat aku. Seriously aku memang teringin sangat2 nak ade birthday cake sendiri bila birthday aku, tapi aku tau yang aku memang tak akan dapat and dah terbukti sebanyak 24 kali. Sooo sweet.

          Aku rase sangat excited setiap kali birthday aku nak sampai. Memang malam sebelum birthday aku takkan tidur. Countdown sorang2 dalam bilik. Tepat pukul 00:00 " Happy Birthday Aidil " secara tak sengaja bibir aku melafazkannya. Damn! time tu aku tetibe rase sebak gila terfikir dah 24 tahun aku hidup kat atas dunia nie, lagi berapa tahun pulak la yang aku akan hidup kat dunia nie. Dah sedia ke aku untuk masuk ke alam kedua tu nanti? Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa yang dah aku buat kat atas bumi ciptaan-Mu ini ya Allah. Saat tu roh aku da melayang ntah ke mana, fikir segala macam2 benda. Tetiba otak rase kosong je, blank sekejap sebelum tersedar yang air mata mengalir kat permukaan pipi.

          Sambil mengesat air mata, hati sedaya upaya memujuk aku supaya tabah. " oit3x, ape nie nangis2?? laki mana bole nangis la " . Senyuman mula terukir sebab terfikir lawak betul aku nie, menangis sorang2 time malam birthday sendiri. Buat malu jer kalau ade sape2 nampak. Tak macho langsung laki menangis, cepat2 aku kesat sisa air mata yang bertakung kat kelopak mata. Hmmm..cukup la sampai situ aku cerita ek? actually aku malu nak sambung lagi cerita nie..huhu.


" aku tak mahu diingatkan bila aku lahir, tapi aku mahu diingatkan yang aku akan mati "


thanks a lot to auntie customer yang bagi Nips nie

          Tadi aku dikejutkan dengan satu announcement kat tempat aku keje. " Perhatian kepada semua staff Mydin Mart Shah Alam, kami pihak Mydin ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Mohd Aidil yang bertugas di department cashier, ID staff 838911 yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada hari ini. Semoga...bla3x (aku tak ingat) ". Tersenyum aku sorang2 bile dengar announcement tu, rase terharu. Member2 lain semua datang tepuk2 bahu sambil wish happy birthday kat aku. Dalam hati " encik aidil sila cover ye, please jangan menangis kat sini, malu kita nanti ". Dalam keadaan yang sangat mengharukan tu, tiba2 ada sorang auntie india hulur coklat Nips kat aku. Dalam senyuman dia wish " Happy Birthday! ". Rezeki jangan ditolak, malu2 aku capai Nips yang dia bagi tu sambil membalas senyuman dia. Seriously kalau aku kelip mata time tu, confirm mencurah la air mata yang dah tersedia bertakung kat kelopak mata. Damn! semua tu buat aku sangat terharu giler............i'm speechless.



....assalammualaikum....

June 2, 2011

Biar hati berbicara sendiri...


Sorry la tajuk entry yang agak tak boleh blah, tapi *AAK..hehehe. Makan tido, makan tido tak perasan yang hari nie da masuk bulan June rupenye. May berlalu pergi tanpa aku sedari sebab aku bangun tido pukul 12 tengahari tadi..hehe. Biase la tu hidup sebagai seorang lelaki bujang yang kacak memang macam tu. Ape yang korang cebik2 tu haa? macam la korang tak pernah bangun lewat..huh! *ade aku kesah.

Alright, just forget it ok..entry kali ni aku cuma nak kongsi ape yang hati aku sedang berbicara. Before that, sila jangan muntah di keyboard komputer mahupun lappy anda. Perhatian kepada ibu2 yang sedang mengandung, anda di nasihatkan supaya tidak terus membaca kandungan entry ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kandungan anda turut termuntah. Pihak IdealCrazeeZone tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat perkara2 buruk menimpa para pembaca entry ini. Sekian terima kasih daun keladi, sudah baca sila like dan follow sekali..heee =)


" yup, aku mengaku memang aku suka dia "
" hati terasa tenang saat merenung dia "
"  kenangan bersama kekal selamanya sekalipun kau hilang di mata "
" Rabu adalah hari ku merindui dia "
" aku bahagia bertemankan dia "
" bagi aku terlalu indah setiap detik bersama "
" walau kita hanya berstatus TEMAN "
" aku tahu kau akan pergi meninggalkan aku jua "
" aku rela terluka daripada aku hidup tanpa kenal erti CINTA "


ideal crazee is currently in freakin love mood
kalau dia baca entry ni, harap2 dia tak tuduh aku yang bagi dia surat jiwang tu
sorry, aku tak jiwang ok..teeeettttttttt~



....assalammualaikum....

May 25, 2011

Sepi itu sangat seksi ok...


mrCrazee is currently in freakin lonely mood
a.k.a JK (jiwa kacau)
please stay away from he for a couple days
he'll be fine later, insyallah
that's all I wanna talking about, thanks a lot for reading this shit


....assalammualaikum....


May 8, 2011

Ampuni segala dosa-dosaku...



" SAYA TERAMAT MENYAYANGI DAN MEYINTAI ANDA BERDUA "

Ya Allah,
rendahkanlah suaraku bagi mereka
perindahlah ucapanku di depan mereka
lunakkanlah watakku terhadap mereka
dan lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
berikanlah mereka balasan sebaik-baiknya atas didikan mereka padaku
dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku

Ya Allah,
apa saja gangguan yang mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya engkau yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda

Ya Allah,
bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku
izinkanlah mereka memberi syafaat untukku
tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk mereka
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu
sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara pengasih

Amin Ya Rabbul Alamin...


mak, bapak..ampunilah segala dosa-dosa saya terhadap anda berdua
anda berdua amat bermakna dalam hayat ini dan akan datang
kerana saya teramat menyayangi anda berdua
dan
" TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA"


special credit to
BOHBEY BIN TAIB
MAZNAH BINTI MOHAMMED YUSOF

I LOVE BOTH OF YOU SO MUCH
Selamat Hari Ibu dan Bapa

....assalammualaikum....

April 29, 2011

Wan Blue dah kahwin rupanya...


          Orite..tadi lepas balik kerja mrCrazee teringin nak makan burger ayam special. Ya, mrCrazee merupakan salah seorang pekerja Mydin Mart Shah Alam yang sedang menunggu masa untuk diberhentikan kerja kerana acap kali mengambil cuti bersalin sakit yang melampaui batas norma seorang lelaki bujang kacak..hehe. Perkara ini dipandang serius oleh mrCrazee sendiri kerana dalam seminggu 4 kali mrCrazee ambil cuti sakit tanpa excuse mc..huhu. Ini adalah kerana mrCrazee malas nak pergi klinik (walaupun nurse2 kat situ sangat sexy ok) ekoran harga ubat yang perlu dibayar adalah menyamai harge gaji mrCrazee keje sehari + ot. Then dapat mc nye just sehari jer walaupun sakitnye macam 78% hampir mati. Sungguh tak berbaloi kan?? Jadi jagalah kesihatan anda dan keluarga anda sewajarnya, pesanan ringkas dari IdealCrazeeZone..hehe.

          Ok..dah puas bieber bebel, jom sambung cerita pasal burger ayam special tadi..hehe. "Bang, ayam special satu!" pesanan dengan suara serak2 basah gitu..hehe. "Siap!" ringkas sahut abang burger tu walaupun pada zahirnya pesanan mrCrazee tadi masih belum dilaksanakannya..huhu. MrCrazee pon double stand kan motor sambil buat lagak santai sambil tunggu burger yang dah "siap" tu. Tengah syok tunggu buger sambil mengira bintang di langit kelam tetiba ade satu motor datang parking kat sebelah. Korang tau siapa?? Wan Blue korang kenal?? Memang pelik name member2 sekolah mrCrazee nie. Kitorang panggil dia Wan Blue sebab dulu time sekolah menengah dia nie tauke blue, cakap je nak yang mane satu confirm dia ade..hehe. Kaki gaduh, kaki pau, kaki ponteng, semua kaki la dia ade. Conclusion nye dia nie memang pelajar paling bermasalah la dalam sekolah tu.

          Tapi tu semua cerita dulu, cerita zaman2 sekolah dulu. Sekarang dah berubah da kot, insyallah..hehe. Tapi masa mrCrazee jumpa dia tadi memang nampak la yang dia da berubah, tak macam dulu lagi. Dia sekarang dah berbini dah, 2 orang anak lagi. Tahniah la buat dia walaupun dia kahwin tak jemput mrCrazee datang pun..huhu. Dengar cerita ramai dah budak kelas form5 mrCrazee dulu dah kahwin and dah ade 2 3 orang anak dah pun. Hhmmm..part ni yang mrCrazee lemah nie, ntah bila la pulak turn mrCrazee kan? Sabor je la, kalau ada jodoh tak ke mana kan? Cinta tu akan datang sendiri kat kita suatu hari nanti..insyallah. So ape yang penting kat sini adalah..kita enjoyyyy!!!! hehehe... =)


....asssalammualaikum...

April 27, 2011

12 tanda anda bakal jadi Zuckerberg II...

Sorry because dah lame mrCrazee tak update IdealCrazeeZone yg cute nie sebab agak busy dengan macam2 project and business. Buat mase ni korang layan je la apa yang mrCrazee update nie ok. Nanti ada masa lagi mrCrazee update yang lain pulak ok. Promise...hehehe =)

#1 : Anda menggunakan lebih daripada satu komputer / lappy dalam satu masa.

#2 : Anda sanggup merekabentuk sendiri komputer mudah alih anda.

March 20, 2011

Maruah diri dicalar enam jantan...


sadis sungguh mrCrazee tengok keadaan mangsa nie
sekali 6 kowt..huhuhuhu
maaf, wajah mangsa dan suspek terpaksa di-censored atas sebab2 tertentu

March 14, 2011

Datuk Chong Wei sindir Taufik Hidayat...


TAHNIAH DAN TERIMA KASIH
kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menewaskan
seteru utamanya iaitu Lin Dan dalam
kejuaraan badmintan All England 2011 semalam
dan sekaligus mengharumkan nama Malaysia.
Datuk Lee Chong Wei menang straight sets
21-17, 21-17


tahniah sekali lagi mrCrazee ucapkan
hehehe


....assalammualaikum....

March 13, 2011

Detik cemas Miyabi ketika bencana...



[ surah Al-Baqarah : 117 ]
Allah s.w.t pencipta langit dan bumi, dan bila Dia menginginkan sesuatu
maka Dia hanya mengatakan kepadanya
" kun fayakun "
( jadilah, maka jadilah ia )
setiap apa yang berlaku atas muka bumi ni ada hikmah disebaliknya
maka hendaklah kita terimanya dengan seadanya 
LET'S US PRAY FOR JAPAN
 

...assalammualaikum....

March 12, 2011

Kalau da name pon binatang...



Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiade gunanya. Inilah padah dari tindakan yang tidak berperikemanusiaan seekor munyit yang berbaka parsi serta ahli kumpulannya yang lain setelah dicekup oleh pihak berkuasa tempatan petang semalam di kilometer 16 dekat Simpang Pulai, Perak..hahaha. Mengarot pulak mrCrazee memalam gini. Sebenarnye takder nak cakap ape pun, just nak share gambar2 dengan korang semua..itu je. Soooo enjooyyy!!!! hehe =)

March 10, 2011

Nak tunjuk bengong ke protes dia nie...



Agak2 korang, orang yang wat keje nie dia saje nak tunjuk keBENGONGan dia ke atau dia nak tunjuk protes kat pihak kerajaan?? Yela, maybe dah lame dia buat aduan tapi tak datang2 repair jalan nie..sape tau kan..hehe. Tapi cara nie boleh la kot buat sementara nak tunggu orang datang repair, besok2 kalo tape tu tertanggal boleh tampal balek kan. Paliinnnnggggg jiiimmmmmaaaaaattttttt~ hahaha =)

Sorry la da lame gile mrCrazee tak update blog sebab semenjak masuk bulan March nie mrCrazee agak busy mencari keje. Da puas rehat2 kat umah, so skang mase untuk cari duet banyak2 plak. Sape taknak kawen oii..hehe. Tadi petang saje2 la gi jalan2 kat shopping complex, sambil2 tu usha la kot2 ade keje kosong. Memang bayak betol jawatan kosong kat situ, tapi............."wanita sahaja". Aaisshh..tension plak bile tengok sume nak "wanita sahaja". Nape?? laki nie memang tak boleh buat sale sangat ke??? sume nak pompuan je.. =.="

Dah la, malas nak cakap banyak. Nie mrCrazee nak bagi pesanan ikhlas kepada sape2 yang suke tido lewat malam. *sejak bile ntah da pandai2 bagi nasihat nie..huhu. Kepada sesiape yang suke tido lewat2 malam tu elok la jangan amalkan tido lewat, kalo tak nanti jadi cam mrCrazee ni. Klo korang sume nak tau dah dua bulan mrCrazee nie asik saket2 je. Macam2 penyakit mai singgah antaranye demam, selesema, demam panas, saket kepala, saket dade, dan bayak lagi. Skang ni plak mrCrazee ngah handle 2 lagi penyakit iaitu gatal2 hidung dan saket mate. Siyes memang seksi seksa giler..huhuhuhu. Maka jangan la kamu mengamalkan tido lewat2 malam kerna ia boleh memudaratkan kesihatan kamu..sekian terima kasih..hehe =)

p/s : sorry la tajuk entry dan gamba tu takde kene mengena ngan topic perbualan...


....assalammualaikum....

February 24, 2011

Power Rangers : Revenge of the fallen...


Orite..entry kali nie ceq nak cakap bahasa utagha lagi boleh tak?? ceq tau bahasa utagha ceq terok, tapi mama kite selalu pesan "practice make perfect my son".. waahh vogue tak mama kite? speaking New York tau. Bole kan ceq nk cakap bahasa utagha lagi? bole la, bole la, bole la..plzzz..hehehe..Ceq cuba naa =)

Hangpa kenai tak Power Rangers?? hat mana yang tak kenai tu elok sangat la baca entry ceq hat nie..hehe. Power Rangers nie sebenaqnya siri TV budak2 dulu, hat oghang putih dok sebut live action television series. Ceq nk translate bahasa utagha ceq taktau, sat lagi lain pulak maksudnye..huhu. Sapa yang lahir sekitaq tahun 1985 mesti kenai degan cerita nie sebab cerita Power Rangers hat mula sekali ditayang pada tahun 1993. Sampai situ ja la ceq cerita naa, hangpa bole click ja kat link nie ok [ Power Rangers ] .Ceq mintaq mahap la naa..heeee

Lagu nie sebenaqnya, ceq nak habaq kat hangpa semua yang laa nie Power Rangers hat baru da kuaq kat Malaysia nie. Ceq malaih la nak cerita panjang lebaq, kejang lidah ceq dok mengeja nak cakap utagha nie. Hangpa tengoq la sendiri naa =)


tuuuu diaaaaa Power Rangers
baru ceq tau Power Rangers sebenaqnya ada 12 oghang 

hangpa jangan lupa tengoq tau, best nie
hat sapa yang ada Astro B.yond jangan lupa record sekali naa
kalau hangpa nak tau hat no.3 dari kiri tu la ketua depa
nie kalau mak depa tau nie, ceq taktau la nak habaq lagu mana
mau kena jentiq sekoq2 anu depa nie


hambooiihhh..suka naa hangpa semua
ceq dok edit tadi pon dok gelak2 ja
hahahahaha
p/s : macam melampau pulak reaction gif nie..hehe


....assalammualikum....

February 22, 2011

Mark Zuckerberg buka kedai pulak...

location : unidentified

Nampak gaye nye Mark Zuckerberg nie memang tamak betol la..tak cukup lagi ke dengan hasil kekayaan laman sosial Facebook dia tu?? Kali nie beliau joint venture dengan mamak kedai buku pulak..hadoiyaiii..Mungkin untuk permulaan nie diorang buka kedai secara kecil-kecilan dulu, sebab nak tengok berapa ramai yang "Like" kedai buku nie..haha =)

Ayoyooo uncle banyak kleatif la uncle..sikit jam itu budak2 takdak pigi sana cyber cafe main itu Facebook, semua datang main sini juga. Ini macam itu budak2 semua boleh kasi pandai juga, no comment2, no like2 and no more status..Ayoyooo saya banyak lespect sama uncle la ini macam. Sikit jam kasi buka itu Twitter Bookstore sama itu Skype Stationary juga ok uncle! saya gelenti itu PM kasi dato' sama uncle..banyak world lahh ini uncle..hehehe =)


....assalammualikum....

February 19, 2011

Sebab wanita cepat nampak tua...



Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, dan gemuk. Tapi tahukah anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya yang bergelar isteri dan ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda??

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita sekaligus megelakkan kita gemuk. Tetapi kasihan kaum ibu nie, terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk si anak yang menangis. Tapi si suami?? ngan slumber bumper je layan makan sorang2, buat2 tak dengar je anaknya menangis. So wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yang akan menghabiskannya pula. Sayang katanya..takut membazir, membazirkan amalan syaitonnn. Si suami pula dengan riak lagi bongkak mengatakan "awak nie kuat betul makan..bla bla bla..."

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, si ayah akan buat2 tido mati, malas nak bangun. Si isteri la yang dalam semalam ntah berapa puluh kali terpaksa bangun membuatkan susu untuk si anak. Bila tak cukup tido, mula la muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud..masa tu guna Tolal Effect ke, Innershine ke, ape ke takkan nak hilangnya kedut tu. Petua untuk cantik kan ada 2 yang penting, minum air banyak dan TIDUR yang secukupnya.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudah la penat bekerja untuk bantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah semuanya dia la yang kene uruskan. Dengan perangai anak2, perangai si suami..nak itu, nak ini..So wanita pun membebel, marah2, bla bla bla..dan bila marah2, banyak berleter so cepat la jadi tua...

Kesimpulannya..wanita cepat tua dan gemuk adalah disebabkan lelaki atau lebih tepat lagi si SUAMI. Oleh itu, hargai la segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada dan anda perlu memikul tanggungjawab si isteri buat sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia.


p/s : tuan blog masih lagi single..singlekah?? citer ni pasal kat Africa nun..hehehe =)


renung-renungkan dan selamat beramal
....assalammualaikum....

Ceq nak join bloglist Tomatokering...

hangpa kalo nak join tenyeh ja gambaq hat nie ok =)

 tajuk entry tu membuatkan ceq nak cakap loghat utagha lagi
tak kisah la burok lagu mana pun bahasa utagha ceq nie
tapi kalau hangpa rasa ceq nie memang tak layak
hangpa tegoq la naa..hehe

ceq nie tak reti nak komen momen pasai blog oghang laen
stakat terbisik dalam hati jaa
nak luahkan tak pandai, sebab takut depa terasa
tapi satu ja ceq nk habaq kat sini
kemarin ceq masok blog cikTomato nie ada lagu arab, tapi laa ni da takdak
mana pegi ceq pon taktau..ceq suka lagu arab tu
kepala ceq goyang2 kalo dengaq lagu tu
lagi best kalo dok isap shisha stoberi sekali
hehehehehe

sila la join..tak rugi aiihh
cikTomato nie memang rajen dok komen entry2 oghang
kepada sapa-sapa yang tak suka makan sayuq pon bole join ok
hehehe..papai~ =)


....assalammualaikum....

February 18, 2011

Lelaki yang ditarik wanita ke neraka...




Orite..malam ni mrCrazee nak share something dengan hangpa semua. Artikel nie bukan untuk memperkecilkan wanita, tetapi sebaliknya iaitu supaya lelaki memainkan perananya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.

Seseorang wanita itu apabila di akhirat, dia akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka iaitu :

1. Ayahnya.
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuanya tidak menutup aurat. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk si suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila si suami mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim. Maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya.
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, maka dia juga akan ditarik ke dalam neraka oleh adik perempuannya.

4. Anak lelakinya.
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat. Maka tunggulah tarikan si ibu di akhirat kelak.

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat tarikannya juga hebat, maka kaum lelaki yang bergelar Ayah, Suami, Abang atau Anak harus memainkan peranan mereka.

firma Allah s.w.t
" hai anak Adam, periharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya terdiri daripada manusia, jin dan batu-batu... "


renung-renungkan dan selamat beramal
....assalammualaikum....

February 17, 2011

Pikachu : Taktau nak habaq lagu mana...

ceq nie bukan orang utara, tapi ceq suka bahasa utara
sebab apa? sebab ceq suka dengaq depa becakap..lawok
walopon depa dok sembang biasa2 tapi tetap lawok
mahap la yek ceq nie budaq baru nak belajaq
sila beri tunjuq ajaq

 hangpa tengok la gambaq hat bawah nuh
ceq sendiri pon taktau nk habaq lagu mana
tapi ceq suka lagu 6ixt Sense
hehehe


credit to cikTomato

depa dok habaq natang hat ataih tu Pikachu
tapi setahu ceq la, Pikachu tu bukan mai dari spesis Tikuih Padi ka??
ceq pon taktau nak habaq lagu mana laa nie
hangpa pikiaq la sendiri

ate terok bebenor bahase utara teman
udah ke lain maksudnye tu..huhu
lepaih ni bole ka cikTomato ajaq ceq cakap utara
cer citer, cer citer
hehehehe =)


....assalammualaikum....

February 12, 2011

Oh!MG : US kalahkan Malaysia lagi...


Orite..entry kali nie agak kontroversi cket..kontroversi ke?? huhu..Maaf la sejak akhir2 nie mrCrazee agak obsess ngan trademark Oh!. Bukan nak tiru mahupon tumpang famous, tapi mrCrazee nie agak suke me-manipulate..seriously tak tipu, kalau tak caye bleh tengok kat sini [ Ideal Raffali ], [ Crazeebook ], [ Crazeespace ], dan [Oh!Shetz ]..macam mane, dah caye?? hehe..

Actually entry nie takder ape pon..just nak tunjuk stats viewers semalam yang agak mengejutkan beruk2 di Zoo Taiping, Perak..hehe..Semalam tengah boring2 (memang selalu boring punnn) mrCrazee nie saje2 la nak usha Nuffnang, bukak2 je terus terbeliak bijik mate yg kuyu nie sebab tengok viewers dari United States lagi ramai daripada viewers Malaysia..OMG..susah nak percaye, masuk kali nie dah 2x United States kalahkan Malaysia..sebelum nie mase blog nie hot dengan entry Crazeebook.. Tapi semalam taktau ape yang hotnye..hot sangatkah?? Dan lebih mengejutkan lagi adelah buat kali pertamanye pie chart nuffnang mrCrazee ceria dengan warna-warni crayon..hehe..Seriously it's totally weird, tak pernah2 pon terjadi macam tu sebelum nie..Apekah nuffnang cube nak jage hati mrCrazee?? Hhhhmmmm...


warna-warni viewers ku

p/s : mulai dari sekarang mrCrazee akan menulis dengan menggunakan perkataan penuh..tiade lagi shortform2..dan mule menggunakan "mrCrazee" sebagai peganti "aku" macam yang mrCrazee selalu gune sebelum2 nie..Ini semua atas nasihat pakar2..heeee


....asssalammualaikum....

February 11, 2011

Cabutan bertuah bernilai RM100...

Orite..ptg tadi mase ngah on fB aku terbace satu post pelik kt wall drp akakTomato ku sayang nie..actually takder la pelik sangat pon, but just curious je page ape la yang akak aku nie like kat fB tu..huhu..so ngan perasaan ingin tahu yang meninggi aku pon click and like la skali tanpe motif yang jelas..hehe..Sekali malam tadi baru la aku tau ape motif die like page tu..aiyah~ sile tgok bwah kalau korang nak tau....



jom join weyh..RM100 tuuuuu~
senang gile..men click2 je punnnn..hehe
nk tau cmne care-care die, click link bwah nie ok

yang bestnye contest ni kalau member yang korang tag tu menang
ngan korang2 skali menang..styel ke tak?? haha..
JOM MENANG RM100


member yang bakal bagi RM100 kat aku

settle suda
....assalammualaikum....

February 10, 2011

Oh!Shetz : Macam gampang...


Orite...wat pertama kalinye aku buat entry luahan isi hati setan dalam blog IdealCrazeeZone aku nie..huh..Harap maaf, tiade bahan lawak mahupon bahan gelak untuk entry kali nie ok! aku ngah takder mood skang nie..Nape?? jangan banyak tanye..sile sabar, aku sedang berusaha untuk menjelaskan keadaan sebenar kenape aku jadi macam nie..dalam mase yang same jugak aku cube untuk menenangkan suasane playground dalam hati aku nie...

Ok, let me explain..the first thing that I'm seriously...........eerrrrrr..maaf aku kurang fasih berbahase New York, better gune bahase kebangsaan kite je la yek..huhu.. Bende pertame yg paling wat aku tension ialah Streamyx..siyes aku nak taip nie pon rase meluat giler..Dari pagi semalam 9am sampai la ke tengah pagi tadi dalam pukul 2.30am line Streamyx kat umah aku wat tahikkk..langsung tak dapat connect, then bile da dapat connect asik putus2 plak..geram betol aku..huh..Tu takpe lagi, aku boleh sabar..tadi mase dah dapat connect tu, 1st thing yang aku wat ialah masok forum..bukan forum perdana ehwal Islam ye kawan2..maksud aku forum tempat aku buat side biznes RayBan yang ade iklan kat atas tu..Menyirap gile aku rase bile check kt mailbox forum ade 3 order aku terlepas dalam mase tak dapat connect tu..dan anggaran 3 order tu kire-kire RM240..ye kwn2, dua ratus empat puluh ringgit Malaysia..argghhh..Dah la aku nie penganggur tegar, dari situ je la pon aku nak tanggung idop..rase macam roh aku kua gi jalan2 kat Lowyat kejap bile 240 melayang macam tu jek..siyes memag shetz gile la ='(


 silap aribulan mau aku potong jugak Streamyx kat umah aku nie


 RIP : IdealCrazeeZone on Facebook

Nie satu hal lagi, ngah dalam keadaan connection yang asik putus2 tu aku gagah gak la on Facebook sat..nak usha notify je punnnnn..da settle usha notify, tangan rase gatal2 nk gi masok page blog aku..so masok la sat tengok2 ape yang patot..Tetibe jek...........jeng3x..aku rase haus, gi dapur minum air horlick suam segelas..fuhhh syiookkk kot..hehehe.. *oit3, tadi cakap takde bahan gelak..nie pehal gelak plak?? eerrrrr..maaf..Dah paus puas minum masok bilik balek..klik punye klik sampai aku sendiri pon taktau ape yang aku klik..rupenye secara TIDAK sengaja aku da TER-delete blog page aku tu..WHAT DA F.!!!! end of story..Maaf aku tak dapat teruskan kisah menyayat hati nie ='(


....assalammualaikum....