.

.

September 8, 2012

iCrazee : Telefon pintar pertama Malaysia!



Membanggakan! Kini buat julung kalinya Malaysia mempunyai model telefon pintarnya sendiri dengan ciri-ciri dalaman yang tidak kurang hebatnya dengan jenama telefon pintar yang lain. Bakal berada di pasaran pada awal tahun 2013 nanti, model telefon pintar iCrazee 4S keluaran IdealCrazee.inc ini bakal menjadi pesaing terbesar kepada produk-produk keluaran syarikat gergasi seperti Apple dan juga Samsung.

Dengan mengambil idea rekabentuk luaran daripda model iPhone dan juga Samsung, model telefon pintar ini menggunakan perisian daripada Android dan diperkuatkan kelajuannya dengan menggunakan Quad-core i5 chip keluaran IdealCrazee.inc sendiri dimana ianya 3 kali lebih laju daripada Dual-core A5 chip keluaran syarikat Apple sebelum ini.


iBox : Aplikasi terbaik bagi penggemar karaoke dimana ianya berfungsi seakan sistem k-Box yang digunakan di pusat-pusat hiburan keluarga dalam negara. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di AppStore mahupun di NokiaStore. Pengguna hanya perlu memuat turun lagu yang digemari atau boleh terus berkaraoke secara online tanpa perlu memuat turun lagu terlebih dahulu. Selain itu, terdapat juga fungsi 'share', dimana pengguna boleh berkongsi hasil vokal mereka terus ke laman sosial. Tetapi tidak digalakkan kerana iBox direka khusus untuk simpanan peribadi. Kalau nak sangat publisiti pergi sahaja di Youtube. Bleeerrkkkkk~ :P




**segala informasi dan gambar di dalam entry ini
hanya sekadar rekaan @ imaginasi semata-mata
....assalammualaikum....

1 comment:

pha is said...

hahahaha.. igtkan dah betol2 tadi... agak2 kalau btol, boleh laku tak? hehhe