.

.

June 6, 2012

You're my everything...



Dah seminggu mama takder kat rumah. Balik kampung sebab ada saudara buat kenduri kahwin anak dia. Rumah nie rasa sangat tidak sempurna kalau takder orang yang bernama "mama". Seriously rasa janggal kot. Walaupun mama pergi sekejap jer, tapi rasa macam dah sebulan mama kat kampung tu. Wwwaaaa...rindu mama sangat-sangat. Cepat la mama balik! Ideal dah tak tahan duduk kat rumah nie sorang-sorang. Semua kena buat sendiri, Ideal tak pandai buat semua tue.


Ideal rindu chicken fingger and drumet yang mama goreng. Tadi Ideal cuba goreng sendiri, tapi tak jadi macam drumet yang mama selalu goreng tu pon..hurmmm. Kat luar jer nampak cantek kuning-kuning dia, tapi bila makan tak sedap pon. Dalam dia mentah lagi, liat gila nak gigit..huhu. Tapi kenapa bila mama yang goreng sedap jer, perfect luar dalam. Mama balik la gorengkan untuk Ideal, Ideal lapar. Ideal takmo makan mcD dah, tak sedap macam masakan mama.


Semenjak mama balik kampung, banyak benda Ideal kena belajar sendiri tau. Ideal tak tau nak guna machine yang berpusing-pusing bentuk macam kotak yang selalu mama guna basuh kain baju tue. Semalam Ideal cuba tiru apa yang mama buat. On suis, masukkan baju then sabun finally masukkan air kan?? Tapi semalam air dia tak penuh-penuh pun, rupanya mama tak off kan drain mode dia. Sorry la kalau bil air tinggi bulan nie ye..huhu. Lagi satu, sorry jugak sebab Ideal terguna banyak sabun semalam..heeee. Walaupun banyak benda yang Ideal belajar, tapi Ideal nak mama jugak.

Mama cepat la balik, Ideal rindukan mama. Rindu sangat-sangat tau. Mama janji jangan tinggalkan Ideal sorang-sorang lagi ye, Ideal takmo hilang mama, mama janji dengan Ideal tau. Ideal tak sanggup hilang mama buat selamanya. Mama janji tau, please ye ma. Pleaseeee..... :'(



....assalammualaikum,,,,

2 comments:

Qaseh Qhaleesh said...

atotototooo ;DD cian dia kene tinggal .. ni mesti nakal kan ? tu yg mama buat2 balik kampung tu :)) mummy boy :))

btw , bw sini smbil follow kamu :))

ideal crazee said...

mane ade nakal la...maybe sebab banyak bergantung kat mama kot...huhuhu :'(

anyway thx for fllow my crazee blog k :)