.

.

June 15, 2012

Please come to my car...



Masih dalam mood birthday lagi walaupun birthday aku dah seminggu berlalu..hehe. Saje jer nak cerita yang aku dapat birthday present...yeaaayyyy!! Jarang sangat-sangat aku dapat birthday present nie tau. So rasa happy and bersyukur sangat bila ada yang ikhlas memberi. Actually aku tak sangka pun nak dapat birthday present nie sebab memang langsung tak berharap apa-apa. Present nie kawan baik kat tempat kerja aku yang bagi. Karpagam nama dia, siapa yang follow entry aku kenal la kot ngan dia.

canteekkk tak wrapper dia? aku suka!! ^__^

Petang hari tu aku tanya dia nak rehat pukul berapa sebab nak keluar rehat sekali dengan dia. "Hari nie I morning la, balik pukul 6 jap lagi", dia jawab. Takper la kalau macam tu, aku pun keluar rehat dengan member lelaki lain. Tengah lepak minum and borak-borak, terdengar pulak lagu angry bird. Actually tu ringtone message phone aku..hehe. "Where are you?", from Karpagam. Aku pun reply la cakap tengah lepak minum-minum kat kedai mamak."Please come to my car....". Adeehh, engine dia tak boleh start ke ape nie? dah la aku tak reti sangat hal-hal kereta. Sampai je kat kereta dia, "Larrr pulak, tadi dia jugak yang suruh datang kat sini, tapi dia pulak yang takder", bisik dalam hati.

Dekat 10 minit jugak la aku tercangak kat kereta dia tu. Dari jauh dah nampak muka dia tersenyum-senyum sambil berjalan mendekati aku. "Mana you pergi? lama I tunggu kat sini tau", aku tanye dia. "You jangan la marah...hhhmmmm...Happy Birthday!!". Mak aihh..kuat jugak la dia wish aku time tu, nasib baik takder orang kat area parking tu..huhu. "Here your birthday present, hope you like it.", tersipu-sipu aku capai present yang dia bagi tu. "Thanks a lot sayang..oppss hehehe". Tak sempat nak borak apa-apa sebab dia mintak diri nak balik, ada hal katanya. So sebagai tanda aku berterima kasih, aku tolong bukakan pintu kereta untuk dia. Dia senyum jer masuk kereta. Sebelum tutupkan pintu aku sempat cakap "thanks again ya" . Dia senyum lagi, aihhh geram pulak aku tengok senyum manis dia tu..hehe. Then dia pun berlalu pergi~~~



....assalammualaikum....

No comments: