.

.

June 10, 2012

Ideal Crazee birthday...



Just like twenty four years ago, nothing special happen on my birthday. Macam biasa la, lepak sorang-sorang dalam bilik menunggu masuk jam 12.00 tengah malam. "Happy Birthday Aidil", aku la orang pertama yang wish untuk birthday aku sendiri. Cukup la aku sorang jer yang ingat birthday aku, tak perlu nak berharap sangat orang lain wish. Anyway thanks a lot to whose wish my birthday, i'm appreciated it. Nak tau apa yang aku buat pada hari birthday aku? Macam la semua nak tau sangattttt kan..huhu.


Untung la birthday aku jatuh pada hari restday. Ye! aku memang cuti hari khamis pun. Hari sabtu ahad memang boss jer yang kerja, kuli-kuli lain semua cuti...huhu =__= Bangun jer pagi tu (11.42 : pagi la sangat kan...) kemas-kemas bilik dulu, then abang aku suruh tolong basuhkan kereta dia pulak. Di sebabkan hari tu birthday aku, maka dengan rela hatinya aku nak berbuat baik. Hadoooiii sakit pinggang aku dibuatnya, kalau ikutkan hati nak jer aku hantar pergi carwash terus. Baru sepuluh ringgit jer kalau nak dibandingkan dengan harga pinggang aku yang nak pakai lama nie..huhu.


Dah penat-penat basuh kereta abang, rehat jap melepaskan lelah di dada. Then siap-siap pergi memnunaikan tanggungjawab keatas bil-bil yang aku sendiri create, dua bil jer punnnn...heeee. Keluar rumah dalam pukul 2.30pm kot, pergi settlekan bil dulu then merayau cari short pant sebab malam tu ade training bowling untuk wakil company. Usha punya usha tiba-tiba berkenan pulak dengan long pant yang patung tu pakai. Short pant RM59.00 + RM130.00, nyorok-nyorok sikit nak belek wallet. Adehhh ada RM65 jer?? Usha counter dia takder plak machine credit card, adoiiii. "Tauke, nanti saya datang balik arr, mau cucuk dulu la...heee". Sah tauke kedai tu ingat aku saja bagi alasan..huhu. Tiga ATM aku cucuk, semua monitor ATM tu display "harap maaf, sistem switch tergendala". Arggghh damn! Last-last aku angkut short pant jer...huh!


Sebelum balik pergi singgah mamak sat, "bai, kasi nasi goreng ayam...kasi pedas arr". Cakap jer pedas, tapi tak pernah pun dapat apa yang aku request =____= Sampai je depan rumah, damn! gate berkunci, pintu rumah pun berkunci. Sah budak-budak nie keluar merayau la nie. Owhh lupa nak bagitahu yang parents aku takder, diorang balik kampung ada kenduri. Adeehh macam mana nak masuk nie. "Hello, kunci rumah ada kat orang...nie kat section 23 rumah kawan, dalam pukul 6pm jap lagi balik kot". Tu la yang adik aku jawab dalam phone, tengok jam baru nak masuk pukul 4.30pm. Perut tengah lapar dari pagi tadi tak makan, terus panjat gate. Yang penting my tummy first ok! Terpaksa la makan kat luar rumah, nasib baik la tadi terniat nak bungkus air sekali. Kalau tak mati tercekik la jawabnya.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Aku pun baring-baring santai la kat atas sofa depan rumah nie sambil layan game golf kat phone. Baru main 5 6 lubang, mata pun dah mula stim. Apa lagi, tutup game golf, buka pulak music player. Belum sempat habis lagu Terukir Di Bintang tu aku dah gone. Last-last terjaga dengar bunyi motor adik aku balik. Pukul 6pm la sangat kannnnn, nie dah pukul 7 lebih =___= Masuk je rumah terus mandi, siap-siap then keluar pergi training bowling. Balik rumah dalam pukul 11pm lebih macam tu. Call free yang Maxis bagi sempena birthday aku pun tak sempat nak guna. Sayang kann~ ^___^



....assalammualaikum....

2 comments:

~emi~ said...

Whoaa...same here. Saya pon 21 tahun hidup ni, setiap kali befday mesti takde pape yg menarik. Befday jatuh time cuti je tetiap tahun...so sumorang bizi dgn hal memasing. family ada yg pi keje, yg tak keje plak memang tak lekat kat rumah. So duduk rumah, layan je pape citer yg ada kat tv. Mcm tu je hari berlalu. Mcm sedih pon ada, HAHA. Btw Hepy belated birthday :)
Next year hope befday kamu lebih meriah begitu jugak befday sy :)

ideal crazee said...

hehehe...tau takpe
dah lali dah ngan semua tu...anyway thx for da wish ok...i hope so too..keep smiling :)