.

.

June 27, 2012

I know you're tough girl...



Salam takziah buat keluarganya dimana abang kandungnya telah meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya awal malam semalam (+- 7.30pm, 26 June 2012). Semoga keluarganya dapat menerima permergian salah seorang ahli keluarga meraka.

Petang tadi aku bersama rakan sekerja lain berkesempatan untuk melawat keluarga dia, lebih kurang dalam pukul 3pm macam  tue la. Masa on the way ke rumah dia tue aku dah mula rasa sedih, sebab terbayang muka dia bila dapat tahu yang abang kandung dia meninggal malam semalam. Serius sedih sebab dia menggigil nak bagitahu kat aku yang abang dia meninggal sebab accident. Tak tahu macam mana perasaan dia time tu, masa dia bagitahu tu aku pun tiba-tiba sebak. Tambah pulak tengok keadaan dia yang menggigil tak tentu arah.

FYI, nie first time aku menghadiri majlis kematian keluarga non-muslim. Masa kitorang sampai kat rumah dia tue, kitorang sempat jugak tengok muka abang dia.Mula-mula tue aku rasa serba salah jugak nak masuk rumah dia, sebab ramai orang, atau meganggu tetamu yang hadir. Bila masuk jer rumah dia, aku nampak sekujur tubuh keras diaman ada seorang perempuan sedang berbaring diatas dada dia. Dalam hati aku "maybe tue isteri dia, iaitu kakak ipar Karpagam yang baru berkahwin 2 bulan lepas". Tak sampai 10 minit kat dalam, aku terpaksa keluar sebab bagi laluan yang lain untuk meratapi si mati. So aku lepak kat luar rumah dia jer.

Raungan keluarga dia mula kedengaran dari luar rumah apabila sudah tiba masanya tubuh abangnya hendak dibawa keluar rumah. Suasana bertambah pilu bila ada satu team bawak gendang + dram mengalunkan lagu (memang adat diorang macam tue kot). Raungan bertambah kuat disaat penutup coffin mula perlahan-lahan menutupi keseluruhan coffin abang dia dan diarak beramai-ramai masuk ke dalam van. Saat tu la aku dengar suara dia berteriak kuat, sebab aku cam suara dia. Keadaan dia sangat tak terurus, dengan mata yang merah-merah lebam + rambut kusut masai, berjalan mengiringi coffin abang dia keluar dari perkarangan rumah. Aku cuma terpaku sebab blur apa yang patut aku buat time tu. 

Sepuluh minit kemudian aku nampak emak dia berjalan lemah longlai sambil dipapah oleh beberapa orang balik ke rumah semula. Tak lama lepas tu aku perasan dari jauh ada seorang lagi perempuan diapapah balik. "Ya Allah, itu Karpagam!", terkejut bila tahu yang perempuan tu adalah dia. Hati aku terus sebak tengok dia dalam keadaan pengsan melintasi depan mata aku. Saat tu tubuh aku tiba-tiba rasa sejuk, terus tersandar kat van berhampiran. "Takkan la sampai macam tu sekali......", aku terus tertunduk. Air mata mula mencurah jatuh, tak sempat aku kesat.


" I know you're tough girl, that is fate and we cant
to change it...be strong ok! "


....assalammualaikum....

No comments: