.

.

June 27, 2012

I know you're tough girl...



Salam takziah buat keluarganya dimana abang kandungnya telah meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya awal malam semalam (+- 7.30pm, 26 June 2012). Semoga keluarganya dapat menerima permergian salah seorang ahli keluarga meraka.

Petang tadi aku bersama rakan sekerja lain berkesempatan untuk melawat keluarga dia, lebih kurang dalam pukul 3pm macam  tue la. Masa on the way ke rumah dia tue aku dah mula rasa sedih, sebab terbayang muka dia bila dapat tahu yang abang kandung dia meninggal malam semalam. Serius sedih sebab dia menggigil nak bagitahu kat aku yang abang dia meninggal sebab accident. Tak tahu macam mana perasaan dia time tu, masa dia bagitahu tu aku pun tiba-tiba sebak. Tambah pulak tengok keadaan dia yang menggigil tak tentu arah.

FYI, nie first time aku menghadiri majlis kematian keluarga non-muslim. Masa kitorang sampai kat rumah dia tue, kitorang sempat jugak tengok muka abang dia.Mula-mula tue aku rasa serba salah jugak nak masuk rumah dia, sebab ramai orang, atau meganggu tetamu yang hadir. Bila masuk jer rumah dia, aku nampak sekujur tubuh keras diaman ada seorang perempuan sedang berbaring diatas dada dia. Dalam hati aku "maybe tue isteri dia, iaitu kakak ipar Karpagam yang baru berkahwin 2 bulan lepas". Tak sampai 10 minit kat dalam, aku terpaksa keluar sebab bagi laluan yang lain untuk meratapi si mati. So aku lepak kat luar rumah dia jer.

Raungan keluarga dia mula kedengaran dari luar rumah apabila sudah tiba masanya tubuh abangnya hendak dibawa keluar rumah. Suasana bertambah pilu bila ada satu team bawak gendang + dram mengalunkan lagu (memang adat diorang macam tue kot). Raungan bertambah kuat disaat penutup coffin mula perlahan-lahan menutupi keseluruhan coffin abang dia dan diarak beramai-ramai masuk ke dalam van. Saat tu la aku dengar suara dia berteriak kuat, sebab aku cam suara dia. Keadaan dia sangat tak terurus, dengan mata yang merah-merah lebam + rambut kusut masai, berjalan mengiringi coffin abang dia keluar dari perkarangan rumah. Aku cuma terpaku sebab blur apa yang patut aku buat time tu. 

Sepuluh minit kemudian aku nampak emak dia berjalan lemah longlai sambil dipapah oleh beberapa orang balik ke rumah semula. Tak lama lepas tu aku perasan dari jauh ada seorang lagi perempuan diapapah balik. "Ya Allah, itu Karpagam!", terkejut bila tahu yang perempuan tu adalah dia. Hati aku terus sebak tengok dia dalam keadaan pengsan melintasi depan mata aku. Saat tu tubuh aku tiba-tiba rasa sejuk, terus tersandar kat van berhampiran. "Takkan la sampai macam tu sekali......", aku terus tertunduk. Air mata mula mencurah jatuh, tak sempat aku kesat.


" I know you're tough girl, that is fate and we cant
to change it...be strong ok! "


....assalammualaikum....

June 25, 2012

When they gone...



Hari nie sorang lagi member baek aku pergi. Bukan meninggal yer, please jangan salah faham..huhu. Dia cuma berhenti kerja jer, maybe rezeki dia ada kat tempat lain. Dulu taiko aku (chief IT) berhenti, dan sekarang nie member aku sorang lagi pulak berhenti kerja. Ingat lagi masa awal-awal aku masuk kerja dulu, side purpose aku kerja kat situ sebab nak cari kawan. Lepas habis study memang jarang contact dengan member-member kolej lain, tambah pulak masing-masing duduk jauh + busy dengan kerja masing-masing. Aku betul-betul rapat dengan dua orang member aku nie jer, yang lain tu cuma kawan biasa-biasa jer. Tapi sekarang diorang dah pergi, tinggal aku sorang je la kat company tu...hmmmmm. 


Alasan diorang berhenti adalah satu sebab yang sama iaitu "FRUST", frust dengan management. Aku nie kalau tak sebab nak keluarkan transport sendiri tahun nie memang aku dah lama cabut. Sebab aku sendiri pun tak tahan dengan cara management yang sangat teruk. Apa yang boleh aku buat cuma bersabar jer la dulu selagi simpanan belum cukup..huhu. Serius aku rasa sedih gila, sebab bulan puasa + raya dah dekat sangat. Siapa nak teman aku berbuka nanti?? Dengan siapa aku nak keluar shopping raya nanti?? Dengan siapa aku nak bergelak lawak nanti?? Dengan siapa lagi kalau bukan diorang berdua?? Serius aku tengah menangis sekarang nie, aku hilang kawan yang betul-betul baik dengan aku selama nie..hurrmmmm.



....assalammualaikum....

June 21, 2012

Euro 2012 : Go Portugal go...



Siapa minat Cristiano Ronaldo confirm dia gay!! Hahaha...aku gurau je la. Actually aku pun minat dia jugak, bukan minat dengan rupa dia tapi aku lebih minat dengan skill dia main bola. Dia skillful and talented tu yang buat aku minat kat dia. Aku banyak jugak belajar skill daripada video-video dia kat Youtube tu then aku cuba praktik-kan masa main futsall dengan office-mate. Memang nampak poyo gila la masa aku cuba-cuba tiru skill dia tu, siap kena booo lagi..hahaha. Tapi tu la proses pembelajaran namanya, so tak perlu malu untuk mencuba sesuatu yang baru kan?? Ok, aku dah tak tau nak taip apa, tiba-tiba pulak blur malam nie, Maybe sebab baru bangun tidur then terus menghadap lappy kot..huhu.


Alright geng, jangan lupa join aku jerit sorang-sorang depan tv pepagi buta kejap lagi. Biar satu family korang terjaga then join korang tengok match tu sekali. Macam yang aku selalu buat setiap kali ada game Portugal..hahaha. Chooowwwz~



....assalammualaikum....

June 20, 2012

Love the way you lie...



"mana phone you yang satu lagi?"

"saya tertinggal dalam kereta..."

Ohh yeah?? hehehe...jangan fikir saya mudah untuk ditipu
sengaja bertanya tentang sesuatu perkara yang saya sudah tahu jawapannya
kerana saya mahu melihat kejujuran hati awak
jawapan yang awak berikan tidak sama dengan apa yang saya tahu
walaupun hati sedikit terguris, tetapi tidak mengapa
mungkin awak ada sebab tersendiri kenapa berbuat sedemikian
dan saya tidak berkecil hati


"owhhhh...ok ^__^"



....assalammualaikum....

June 15, 2012

Please come to my car...



Masih dalam mood birthday lagi walaupun birthday aku dah seminggu berlalu..hehe. Saje jer nak cerita yang aku dapat birthday present...yeaaayyyy!! Jarang sangat-sangat aku dapat birthday present nie tau. So rasa happy and bersyukur sangat bila ada yang ikhlas memberi. Actually aku tak sangka pun nak dapat birthday present nie sebab memang langsung tak berharap apa-apa. Present nie kawan baik kat tempat kerja aku yang bagi. Karpagam nama dia, siapa yang follow entry aku kenal la kot ngan dia.

canteekkk tak wrapper dia? aku suka!! ^__^

Petang hari tu aku tanya dia nak rehat pukul berapa sebab nak keluar rehat sekali dengan dia. "Hari nie I morning la, balik pukul 6 jap lagi", dia jawab. Takper la kalau macam tu, aku pun keluar rehat dengan member lelaki lain. Tengah lepak minum and borak-borak, terdengar pulak lagu angry bird. Actually tu ringtone message phone aku..hehe. "Where are you?", from Karpagam. Aku pun reply la cakap tengah lepak minum-minum kat kedai mamak."Please come to my car....". Adeehh, engine dia tak boleh start ke ape nie? dah la aku tak reti sangat hal-hal kereta. Sampai je kat kereta dia, "Larrr pulak, tadi dia jugak yang suruh datang kat sini, tapi dia pulak yang takder", bisik dalam hati.

Dekat 10 minit jugak la aku tercangak kat kereta dia tu. Dari jauh dah nampak muka dia tersenyum-senyum sambil berjalan mendekati aku. "Mana you pergi? lama I tunggu kat sini tau", aku tanye dia. "You jangan la marah...hhhmmmm...Happy Birthday!!". Mak aihh..kuat jugak la dia wish aku time tu, nasib baik takder orang kat area parking tu..huhu. "Here your birthday present, hope you like it.", tersipu-sipu aku capai present yang dia bagi tu. "Thanks a lot sayang..oppss hehehe". Tak sempat nak borak apa-apa sebab dia mintak diri nak balik, ada hal katanya. So sebagai tanda aku berterima kasih, aku tolong bukakan pintu kereta untuk dia. Dia senyum jer masuk kereta. Sebelum tutupkan pintu aku sempat cakap "thanks again ya" . Dia senyum lagi, aihhh geram pulak aku tengok senyum manis dia tu..hehe. Then dia pun berlalu pergi~~~



....assalammualaikum....

June 10, 2012

Ideal Crazee birthday...



Just like twenty four years ago, nothing special happen on my birthday. Macam biasa la, lepak sorang-sorang dalam bilik menunggu masuk jam 12.00 tengah malam. "Happy Birthday Aidil", aku la orang pertama yang wish untuk birthday aku sendiri. Cukup la aku sorang jer yang ingat birthday aku, tak perlu nak berharap sangat orang lain wish. Anyway thanks a lot to whose wish my birthday, i'm appreciated it. Nak tau apa yang aku buat pada hari birthday aku? Macam la semua nak tau sangattttt kan..huhu.


Untung la birthday aku jatuh pada hari restday. Ye! aku memang cuti hari khamis pun. Hari sabtu ahad memang boss jer yang kerja, kuli-kuli lain semua cuti...huhu =__= Bangun jer pagi tu (11.42 : pagi la sangat kan...) kemas-kemas bilik dulu, then abang aku suruh tolong basuhkan kereta dia pulak. Di sebabkan hari tu birthday aku, maka dengan rela hatinya aku nak berbuat baik. Hadoooiii sakit pinggang aku dibuatnya, kalau ikutkan hati nak jer aku hantar pergi carwash terus. Baru sepuluh ringgit jer kalau nak dibandingkan dengan harga pinggang aku yang nak pakai lama nie..huhu.


Dah penat-penat basuh kereta abang, rehat jap melepaskan lelah di dada. Then siap-siap pergi memnunaikan tanggungjawab keatas bil-bil yang aku sendiri create, dua bil jer punnnn...heeee. Keluar rumah dalam pukul 2.30pm kot, pergi settlekan bil dulu then merayau cari short pant sebab malam tu ade training bowling untuk wakil company. Usha punya usha tiba-tiba berkenan pulak dengan long pant yang patung tu pakai. Short pant RM59.00 + RM130.00, nyorok-nyorok sikit nak belek wallet. Adehhh ada RM65 jer?? Usha counter dia takder plak machine credit card, adoiiii. "Tauke, nanti saya datang balik arr, mau cucuk dulu la...heee". Sah tauke kedai tu ingat aku saja bagi alasan..huhu. Tiga ATM aku cucuk, semua monitor ATM tu display "harap maaf, sistem switch tergendala". Arggghh damn! Last-last aku angkut short pant jer...huh!


Sebelum balik pergi singgah mamak sat, "bai, kasi nasi goreng ayam...kasi pedas arr". Cakap jer pedas, tapi tak pernah pun dapat apa yang aku request =____= Sampai je depan rumah, damn! gate berkunci, pintu rumah pun berkunci. Sah budak-budak nie keluar merayau la nie. Owhh lupa nak bagitahu yang parents aku takder, diorang balik kampung ada kenduri. Adeehh macam mana nak masuk nie. "Hello, kunci rumah ada kat orang...nie kat section 23 rumah kawan, dalam pukul 6pm jap lagi balik kot". Tu la yang adik aku jawab dalam phone, tengok jam baru nak masuk pukul 4.30pm. Perut tengah lapar dari pagi tadi tak makan, terus panjat gate. Yang penting my tummy first ok! Terpaksa la makan kat luar rumah, nasib baik la tadi terniat nak bungkus air sekali. Kalau tak mati tercekik la jawabnya.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Aku pun baring-baring santai la kat atas sofa depan rumah nie sambil layan game golf kat phone. Baru main 5 6 lubang, mata pun dah mula stim. Apa lagi, tutup game golf, buka pulak music player. Belum sempat habis lagu Terukir Di Bintang tu aku dah gone. Last-last terjaga dengar bunyi motor adik aku balik. Pukul 6pm la sangat kannnnn, nie dah pukul 7 lebih =___= Masuk je rumah terus mandi, siap-siap then keluar pergi training bowling. Balik rumah dalam pukul 11pm lebih macam tu. Call free yang Maxis bagi sempena birthday aku pun tak sempat nak guna. Sayang kann~ ^___^



....assalammualaikum....

June 6, 2012

You're my everything...



Dah seminggu mama takder kat rumah. Balik kampung sebab ada saudara buat kenduri kahwin anak dia. Rumah nie rasa sangat tidak sempurna kalau takder orang yang bernama "mama". Seriously rasa janggal kot. Walaupun mama pergi sekejap jer, tapi rasa macam dah sebulan mama kat kampung tu. Wwwaaaa...rindu mama sangat-sangat. Cepat la mama balik! Ideal dah tak tahan duduk kat rumah nie sorang-sorang. Semua kena buat sendiri, Ideal tak pandai buat semua tue.


Ideal rindu chicken fingger and drumet yang mama goreng. Tadi Ideal cuba goreng sendiri, tapi tak jadi macam drumet yang mama selalu goreng tu pon..hurmmm. Kat luar jer nampak cantek kuning-kuning dia, tapi bila makan tak sedap pon. Dalam dia mentah lagi, liat gila nak gigit..huhu. Tapi kenapa bila mama yang goreng sedap jer, perfect luar dalam. Mama balik la gorengkan untuk Ideal, Ideal lapar. Ideal takmo makan mcD dah, tak sedap macam masakan mama.


Semenjak mama balik kampung, banyak benda Ideal kena belajar sendiri tau. Ideal tak tau nak guna machine yang berpusing-pusing bentuk macam kotak yang selalu mama guna basuh kain baju tue. Semalam Ideal cuba tiru apa yang mama buat. On suis, masukkan baju then sabun finally masukkan air kan?? Tapi semalam air dia tak penuh-penuh pun, rupanya mama tak off kan drain mode dia. Sorry la kalau bil air tinggi bulan nie ye..huhu. Lagi satu, sorry jugak sebab Ideal terguna banyak sabun semalam..heeee. Walaupun banyak benda yang Ideal belajar, tapi Ideal nak mama jugak.

Mama cepat la balik, Ideal rindukan mama. Rindu sangat-sangat tau. Mama janji jangan tinggalkan Ideal sorang-sorang lagi ye, Ideal takmo hilang mama, mama janji dengan Ideal tau. Ideal tak sanggup hilang mama buat selamanya. Mama janji tau, please ye ma. Pleaseeee..... :'(



....assalammualaikum,,,,