.

.

April 2, 2012

Cinta itu bukan satu pekerjaan...




Masih dalam mood frust menonggeng lagi. But it's ok, hidup tetap kena teruskan kerana besok masih ada...insyallah. Walaupun hati sedih gila, tapi muka kena keep smiling. Jangan biarkan cinta memadam masa depan..huhu. Tapi kalau dah cinta nak buat macam mana lagi kan....wwwwwaaaaaaaaaaaaa~ :'(

Sekarang kita ketepikan hal cinta, ketengahkan hal kerja..hehe. Aku nie seorang yang workaholic la jugak, hari-hari buat over time sampai lewat malam. Bukan apa, nak upgrade hidup maa. Actually work as an IT  Assistant kat Mydin tue gajinya tak seberapa pun kalau nak dibandingkan dengan tempat kerja lain. So that why la aku selalu buat over time. Lagi pun aku masih baru, so I need more experience to develop my own territory. Nanti senang la nak cari kerja lain yang lebih sesuai.

Tadi masa lepak-lepak kat KFC, ada seorang kawan aku nie offer buatkan business website untuk dia. Aku memang suka kalau bab-bab designing nie, tambah-tambah lagi yang bekaitan dengan business. But aku teragak-agak untuk terima offer dia tu, banyak faktor yang aku kena ambil kira. First masa : aku nie dah la kerja masuk pagi keluar malam, so bila la masanya aku nak designkan website dia tu. 2nd tools : memandangkan lappy aku nie dah agak berusia, maka tidak hairan la dia memiliki sifat lembap pap pap pap. So i need a desktop PC! And 3rd is assistant : aku rasa aku perlukan seorang pembantu dalam usaha menjayakan project business website nie. Aku sendiri pun tak tau kenapa aku perlukan seorang partner..hehe.

Actually kawan aku nie bagus orangnya, dia jenis pandang kedepan. Kalau project business website dia tu berjaya, dia plan nak buka satu kedai printing. And dia nak aku jadi graphic designer untuk kedai printing dia nanti. Waaarrrgghhhh..aku buntu memikirkannya, nanti la aku sambung cerita nie ok...hehe. Im sorry~




....assalammualaikum....

No comments: