.

.

April 13, 2012

Ada yang pergi bila dia pergi...




Aku tak tau apa yang dah terjadi kat diri dia. Semenjak kitorang sama-sama pergi tolong stock take kat branch lain bulan lepas terus dia tak bertegur dengan aku. Aku terfikir jugak apa salah yang aku dah buat kat dia dalam dua tiga minggu nie and aku rasa aku tak buat apa-apa salah pun. Takkan la sebab aku bagi late birthday present dia nak marah aku kot. Hhhmmm...tak mungkin, tak mungkin. Ke sebab aku tak tegur dia langsung masa stock take hari tu?? ade kemungkinan. Tapi takkan la sebab tu jer yang buat dia langsung taknak cakap dengan aku. Aiyahhh~ pening dah nie.


Ada jugak aku dengar-dengar cerita yang dia da break off dengan boyfie dia. Punca diorang break off tu aku tak tau la pulak. Yang pastinya bukan sebab aku rapat dengan dia. Aku sentuh dia pun tak pernah ok. Sentuh sikit-sikit tu ada la jugak, tapi bukan sentuh yang bukan-bukan ok! Tapi kan, takkan la sebab dia break off dengan boyfie dia tak nak kawan dengan aku. Kalau nak cakap dia frust dengan lelaki, aku tengok  dia dengan member-member lelaki lain ok jer. Aiyahhh~ tambah pening dah nie.


Sekarang nie nak pergi kerja pun rasa macam tak semangat jer. Sebab setiap kali berselisih dengan dia, confirm dia buat-buat macam tak nampak aku jer. Aku nie ada rupa macam trolley ke?? huhuhu. Dah dua minggu kitorang tak bertegur. Dulu kalau ada masa free jer confirm aku pergi lepak borak-borak, gelak-gelak dengan dia dekat customer service counter tu. Tapi sekarang dah tak, aku banyak habiskan masa kat meja aku jer, buat-buat busy walaupun aku free sebenarnya. Takpe lah. Don't cry, it's alright....


" ada yang pergi bila dia pergi
senyumku, tawaku
ada yang hilang, bila dia hilang
sayangku, cintaku... "


....assalammualaikum....

1 comment:

tomatokering :) said...

ALOLOOO siannn nya.. aidil tanya lah dia kenapa.. try call or text dia ke.. ea.. :)