.

.

April 28, 2012

Harian Metro : Facebook telah sah dijual...




Kini khabar angin yang mengatakan salah sebuah syarikat dalam negara mahu membeli Facebook telah menjadi kenyataan apabila Mark Zuckerberg secara rasminya telah menandatangani satu memorandum bahawa dia melepaskan Facebook kepada pengasas syarikat Ideal Crazee Corporation iaitu Mohd Aidil atau lebih dikenali sebagai Ideal Crazee. " Saya mengaku saya agak terkilan dengan tindakan Mark Zuckerberg yang menjual Facebook-nya kepada Ideal Crazee, dan bukan kepda saya. Mungkin tiba masanya untuk dunia mula mengenali Malaysia." Sadis mendengar luahan mendiang Steve Jobs mengenai Facebook sebelum beliau menghembus nafas terakhirnya.....

read original entry here



....assalammualaikum....

CrazeeBook : Less than 21 hours...




20hours 32minutes 17seconds
Get ready for this............





....assalammualaikum....

April 21, 2012

CrazeeBook : Most controversial entry...




CrazeeBook, korang ingat lagi tak tentang name tu?? Sure siapa-siapa yang baru kenal IdealCrazeeZone nie memang tak tahu cerita disebalik nama CrazeeBook tu. The most controversial entry ever written by me. Yeahh, entry tue la yang buat IdealCrazeeZone nie famous sekejap pada awal tahun 2011 yang lepas sebelum aku menarik balik entry tu atas sebab-sebab tertentu. Kalau korang teringin nak baca enrty tu, korang boleh la tengok-tengok dulu entry nie -->> [ Disebalik kontroversi CrazeeBook ]. Sorry la kalau entry tu buat kepala korang pening dengan warna-warna tulisan yang comel. Biasa la zaman dolu-dolu, time tu pokcik nie mudo laeeii suko dengan kalo-kalo nie haa..hahaha.


So now, dengan bangganya aku umumkan bahawa aku akan re-post balik entry CrazeeBook tersebut bagi memberi peluang kepada follower-follower baru blog IdealCrazeeZone nie (ada ke??) membaca entry paling kontroversi tersebut. So lets wait and see. Yeeeaahhhhhhh!!! (aku tak tau ape lagi nak tulis). - END



....assalammualaikum....

April 18, 2012

Binatang pelik untuk dijual...




Saiz dia besar anak kucing, berwarna kekuningan berbelang orange. Berbulu lebat dipercayai berbaka parsi + kadazan barat. Berat dia pulak macam berat bola futsall, tidak menggigit sebaliknya mengalirkan arus elektrik sepertimana belut. Adeeehhh...macam mana la binatang nie boleh masuk dalam perangkap tikus aku. Aku nak tangkap tikus, bukan binatang nie. Aku taktau nak buat apa dengan binatang kuning nie. Kepada siapa-siapa yang berminat untuk memiliki or membela binatang nie boleh la SMS atau email butir-butir diri beserta harga pembeliaan kepada aku. Harga permulaan adalah sebanyak $72. Semua transaksi adalah dalam bentuk dollar, hutang-hutang adalah ditegah sama sekali. Atau korang boleh la datang sendiri ke rumah aku untuk melihatnya dengan lebih dekat atau merasai sendiri kuasa renjatan elektriknya...lol.



....assalammualiakum....

April 13, 2012

Ada yang pergi bila dia pergi...




Aku tak tau apa yang dah terjadi kat diri dia. Semenjak kitorang sama-sama pergi tolong stock take kat branch lain bulan lepas terus dia tak bertegur dengan aku. Aku terfikir jugak apa salah yang aku dah buat kat dia dalam dua tiga minggu nie and aku rasa aku tak buat apa-apa salah pun. Takkan la sebab aku bagi late birthday present dia nak marah aku kot. Hhhmmm...tak mungkin, tak mungkin. Ke sebab aku tak tegur dia langsung masa stock take hari tu?? ade kemungkinan. Tapi takkan la sebab tu jer yang buat dia langsung taknak cakap dengan aku. Aiyahhh~ pening dah nie.


Ada jugak aku dengar-dengar cerita yang dia da break off dengan boyfie dia. Punca diorang break off tu aku tak tau la pulak. Yang pastinya bukan sebab aku rapat dengan dia. Aku sentuh dia pun tak pernah ok. Sentuh sikit-sikit tu ada la jugak, tapi bukan sentuh yang bukan-bukan ok! Tapi kan, takkan la sebab dia break off dengan boyfie dia tak nak kawan dengan aku. Kalau nak cakap dia frust dengan lelaki, aku tengok  dia dengan member-member lelaki lain ok jer. Aiyahhh~ tambah pening dah nie.


Sekarang nie nak pergi kerja pun rasa macam tak semangat jer. Sebab setiap kali berselisih dengan dia, confirm dia buat-buat macam tak nampak aku jer. Aku nie ada rupa macam trolley ke?? huhuhu. Dah dua minggu kitorang tak bertegur. Dulu kalau ada masa free jer confirm aku pergi lepak borak-borak, gelak-gelak dengan dia dekat customer service counter tu. Tapi sekarang dah tak, aku banyak habiskan masa kat meja aku jer, buat-buat busy walaupun aku free sebenarnya. Takpe lah. Don't cry, it's alright....


" ada yang pergi bila dia pergi
senyumku, tawaku
ada yang hilang, bila dia hilang
sayangku, cintaku... "


....assalammualaikum....

April 5, 2012

Let me crawling...



Alhamdulillah, sekarang bilik aku dah bertambah satu lagi teknologi. Waaoohhh..sangat teruja dengan kelebaran dan qulity image dia..hehe. Ingat lagi tak dengan post aku yang lepas - The next mission...?? Yeahh..aku ade cakap nak angkat sebiji LED tv untuk multi-purpose, so this is it! Samsung LED tv : UA32EH4000R. Terima kasih kepada Mr.K sebab teman aku pergi survey semalam. Fuuhhh...lapan kedai kot kitorang survey, serious teruja tengok tv-tv yang ada. Tapi memandangkan budget hanyalah sekadar secupak pasir diatas peti, maka tidak perlu terlalu teruja sangat dengan tv-tv yang besar macam nak bagi satu kampung tengok sekali..huhu.

 
dulu dan sekarang, terima kasih kepada tv lama walaupun aku tak pernah on :P 


Lepas nie, aku plan nak amik CPU pulak, maybe lagi dua bulan kot. Kalau boleh nak yang high performance punya sebab aku nak restart my own business. Online business, freelance designer and etc. Nak tambah pendapatan bukan sekadar untuk diri sendiri, tapi nak menyenangkan family juga sebab bagi aku diorang pun ade hak atas gaji aku bila teringat balik jasa-jasa diorang terhadap aku. Masa aku nak sambung study dulu, diorang la banyak tolong, bukan siapa-siapa. Mungkin sebab nie juga kenapa aku single, sebab aku takder masa untuk orang lain selain diri sendiri and family aku. Bukan aku takder hati kat perempuan. Ada perempuan yang aku minat, tapi sebelum aku usha dia better usha keadaan diri sendiri dulu...banyak lagi benda yang perlu di-upgrade.


" I'am nothing, so let me crawling
before I get up and walking beside you "


....assalammualaikum....

April 2, 2012

Cinta itu bukan satu pekerjaan...




Masih dalam mood frust menonggeng lagi. But it's ok, hidup tetap kena teruskan kerana besok masih ada...insyallah. Walaupun hati sedih gila, tapi muka kena keep smiling. Jangan biarkan cinta memadam masa depan..huhu. Tapi kalau dah cinta nak buat macam mana lagi kan....wwwwwaaaaaaaaaaaaa~ :'(

Sekarang kita ketepikan hal cinta, ketengahkan hal kerja..hehe. Aku nie seorang yang workaholic la jugak, hari-hari buat over time sampai lewat malam. Bukan apa, nak upgrade hidup maa. Actually work as an IT  Assistant kat Mydin tue gajinya tak seberapa pun kalau nak dibandingkan dengan tempat kerja lain. So that why la aku selalu buat over time. Lagi pun aku masih baru, so I need more experience to develop my own territory. Nanti senang la nak cari kerja lain yang lebih sesuai.

Tadi masa lepak-lepak kat KFC, ada seorang kawan aku nie offer buatkan business website untuk dia. Aku memang suka kalau bab-bab designing nie, tambah-tambah lagi yang bekaitan dengan business. But aku teragak-agak untuk terima offer dia tu, banyak faktor yang aku kena ambil kira. First masa : aku nie dah la kerja masuk pagi keluar malam, so bila la masanya aku nak designkan website dia tu. 2nd tools : memandangkan lappy aku nie dah agak berusia, maka tidak hairan la dia memiliki sifat lembap pap pap pap. So i need a desktop PC! And 3rd is assistant : aku rasa aku perlukan seorang pembantu dalam usaha menjayakan project business website nie. Aku sendiri pun tak tau kenapa aku perlukan seorang partner..hehe.

Actually kawan aku nie bagus orangnya, dia jenis pandang kedepan. Kalau project business website dia tu berjaya, dia plan nak buka satu kedai printing. And dia nak aku jadi graphic designer untuk kedai printing dia nanti. Waaarrrgghhhh..aku buntu memikirkannya, nanti la aku sambung cerita nie ok...hehe. Im sorry~




....assalammualaikum....