.

.

March 15, 2012

Saya perlukan tiger balm...




Sakit kepala, pening, tension, stress, letih, mengantuk, semuanya aku rasa dalam dua tiga minggu nie. Semaunya sebab satu activity that we call "Sock Take". Aku tak berapa nak paham sangat pasal stock take nie, so aku tak tau nak explain apa tu stock take kat korang semua. Tapi tue la yang office-mate aku dok selalu sebut..hehe. Kalau tak salah aku (diorang la yang cakap kat aku) stock take nie macam kira balik stock-stock yang ada kat store + stock yang kita jual kat floor = keuntungan. Lebih kurang macam tue la.

Actually dalam hal nie aku takder kena mengena pun, cuma aku (aku sorang jer) dipertanggung-jawabkan untuk buat layout floor. Nak aku explain pasal "layout" pulak ke?? hehehe. Serious aku cakap memang aku jadi zombie dua minggu nie. Tak cukup tidur, tak cukup makan, tak cukup masa, tak cukup tenaga, waarrrggghhh! (dah start nak jadi zombie la tu) hehe. Tu nasib baik 3 tingkat punya building layout, buatnya kalau lima lapan tingkat?? Mau nya aku masuk wad mental dah. Tak sempat buat kat office, sambung buat kat rumah pulak. Adooiii..macam nie rupanya penangan stock take yang office-mate aku dok histeria sebelum nie.

Ok lar, actually aku tak siap lagi buat layout tu. Nie nak sambung lagi la nie, saje curi-curi masa update blog kacak aku nie..hehehe. Alright kawan-kawan, izinkan aku mengundur diri dulu ok. Papai~



....assalammualaikum....

No comments: