.

.

March 22, 2012

The next mission...



Aaiihhh...geram rasa macam nak cubit-cubit jer desktop nie. Dah lama mengidam nak ada sebiji desktop kat dalam bilik kecil ku ini, tapi sampai sekarang tak kesampaian. Maka dengan ini aku mengumum bahawa aku akan membeli sebuah desktop untuk diletakkan dalam bilik aku bulan depan, lepas dapat gaji la maksudnya tu..hehe. Dengan adanya desktop tersebut, insyallah aku tidak akan bosan apabila duduk di rumah ketika hari cuti bekerja. Actually aku beli desktop nie bukan semata-mata nak main game jer, banyak benda lain lagi yang aku plan demi untuk masa depan aku. Antaranya ialah :-

1. Online Business - dulu sebelum aku kerja jadi IT Assistant kat Mydin tu aku buat online business. Kalau korang perasan kat atas blog aku nie ade satu button "BUSINESS" kan? Yup, dulu aku active buat business Rayban. But mak aku nasihat better cari kerja yang pendapatan tetap. So aku stop, but sekarang nie aku plan nak start business balik because agak susah nak survive dengan gaji kat Mydin tu je.

2. Berkreativiti - memandangkan aku nie seorang graduasi jurusan multimedia, maka adalah sangat merugikan kalau aku tak mempraktikan apa yang aku dah belajar sebelum nie, betul tak?? Aku nak mengasah lagi bakat yang ada kat diri aku nie, aku taknak ketinggalan dari segi skill. Which mean zaman sekarang nie budak-budak semakin creative buat something yang "wooww!". Tambahan pulak niat nak sambung degree tak kesampaian atas faktor-faktor tertentu. So aku kene berusaha sendiri supaya tak ketinggalan.

3. Games - salah satu faktor adalah aku bosan bila hari cuti. So dengan adanya desktop tu nanti, diharapkan aku tidak lagi bosan duduk dirumah. Lagi pun tak elok sangat kalau selalu keluar rumah kan? semenjak nie banyak kes jenayah berlaku. Culik, ragut, rogol, bunuh, simbah asid and macam-macam lagi. Malang tak berbau torkk...heeee :)

4. Euro 2012 - hehehe...ini adalah satu sebab juga kenapa aku beriya-iya nak ada desktop kat dalam bilik. Bola, adat la kebanyakkan lelaki dalam dunia nie meminati sukan bola termasuk aku sekali. Actually aku plan nak beli sebiji LED tv, dimana ia akan berfungsi sebagai tv dan juga monitor screen yang akan disambungkan terus kepada CPU. So kat sini aku dapat jimatkan cost untuk beli desktop dan juga LED tv.

Alright, tu la antara tujuan aku. But sekarang nie aku tengah blur nak beli CPU and LED tv yang mana satu..hehe. Kalau nak tau, tunggu je la update yang akan datang ok. Insyallah......



....assalammualaikum....


No comments: