.

.

March 7, 2012

Hanya mahu dia tahu...




Tak kisah la apa agama dia, apa bangsa dia, apa status dia, apa warna kulit dia atau apa pun nama dia, yang penting dia baik dengan aku. Biar apa pun orang nak kata atau gossip pasal aku dengan dia, itu memang lumrah dan itu semua tak memberi kesan apa pun terhadap hubungan kami. Nama dia Karpagam, Karpagam a/p Ellapan atau nama lainnya Siti Solehah Bt. Abdullah, dia suka nama Islam tu. Apa yang pasti kami bukan pasangan kekasih, kami lebih selesa berkawan. Tiada ungkapan "teman tapi mesra" mahupun "scandal" bagi kami berdua ok.

Dia baik sangat bagi aku. Dia paham apa yang aku rasa dan apa yang aku luahkan kat dia. Yup, dia tempat aku luahkan perasaan, marah, sedih, kecewa, gembira...semuanya. Aku jadikan dia sebagai semangat untuk aku bekerja walaupun aku dah tawar hati nak datang kerja kat company tu. Aku takkan lepaskan peluang untuk keluar rehat petang sekali dengan dia, sebab time tu la waktunya kitorang share story. Selalunya rehat tengahari aku keluar dengan kawan-kawan lelaki aku. Rehat petang sejam tu rasa macam 10 minit jer, macam-macam yang kitorang borak. Ada yang cakap aku nie lupa kawan-kawan lain, lebih pentingkan perempuan. Diorang sebenarnya tak paham, aku lebih selesa share masalah or whatever dengan dia. Kalau dengan kawan-kawan lain aku jadi segan, tak tau kenapa. Dia antara kawan yang terbaik pernah aku ada and aku sayang dia sangat-sangat!

"find something that you love
in doing something that you hate"

Hari nie birthday dia (07 March). Aku wish birthday dia through SMS jer, aku nak call rasa segan. Aku tak tau nak bagi present apa kat dia sebab aku tak tau apa yang dia minat. Dah nama pun kawan-kawan kan, so tak berapa nak mengenali dia sangat..huhu. Tengok la macam mana, maybe aku keluar hari kamis nanti cari present untuk dia. Takper, biar lambat janji ikhlas nak bagi kan? hehe. Actually aku nak cerita banyak lagi pasal dia, tapi mata nie tak mengizinkan. Penat hari-hari kerja sampai malam. Nanti kalau ada masa aku buat special post pasal dia lagi ok. Good night semua~


....assalammualaikum....

2 comments:

tomatokering :) said...

hamboihhhh~ :P

iDeaL cRazEe said...

wwwwaaaaa...cik tomato mai blog kite la..heeeee ;)