.

.

March 30, 2012

Dont cry, its alright...




Jangan menangis, tak mengapa...................lupakan saja kisah sedih itu. 




March 22, 2012

The next mission...



Aaiihhh...geram rasa macam nak cubit-cubit jer desktop nie. Dah lama mengidam nak ada sebiji desktop kat dalam bilik kecil ku ini, tapi sampai sekarang tak kesampaian. Maka dengan ini aku mengumum bahawa aku akan membeli sebuah desktop untuk diletakkan dalam bilik aku bulan depan, lepas dapat gaji la maksudnya tu..hehe. Dengan adanya desktop tersebut, insyallah aku tidak akan bosan apabila duduk di rumah ketika hari cuti bekerja. Actually aku beli desktop nie bukan semata-mata nak main game jer, banyak benda lain lagi yang aku plan demi untuk masa depan aku. Antaranya ialah :-

1. Online Business - dulu sebelum aku kerja jadi IT Assistant kat Mydin tu aku buat online business. Kalau korang perasan kat atas blog aku nie ade satu button "BUSINESS" kan? Yup, dulu aku active buat business Rayban. But mak aku nasihat better cari kerja yang pendapatan tetap. So aku stop, but sekarang nie aku plan nak start business balik because agak susah nak survive dengan gaji kat Mydin tu je.

2. Berkreativiti - memandangkan aku nie seorang graduasi jurusan multimedia, maka adalah sangat merugikan kalau aku tak mempraktikan apa yang aku dah belajar sebelum nie, betul tak?? Aku nak mengasah lagi bakat yang ada kat diri aku nie, aku taknak ketinggalan dari segi skill. Which mean zaman sekarang nie budak-budak semakin creative buat something yang "wooww!". Tambahan pulak niat nak sambung degree tak kesampaian atas faktor-faktor tertentu. So aku kene berusaha sendiri supaya tak ketinggalan.

3. Games - salah satu faktor adalah aku bosan bila hari cuti. So dengan adanya desktop tu nanti, diharapkan aku tidak lagi bosan duduk dirumah. Lagi pun tak elok sangat kalau selalu keluar rumah kan? semenjak nie banyak kes jenayah berlaku. Culik, ragut, rogol, bunuh, simbah asid and macam-macam lagi. Malang tak berbau torkk...heeee :)

4. Euro 2012 - hehehe...ini adalah satu sebab juga kenapa aku beriya-iya nak ada desktop kat dalam bilik. Bola, adat la kebanyakkan lelaki dalam dunia nie meminati sukan bola termasuk aku sekali. Actually aku plan nak beli sebiji LED tv, dimana ia akan berfungsi sebagai tv dan juga monitor screen yang akan disambungkan terus kepada CPU. So kat sini aku dapat jimatkan cost untuk beli desktop dan juga LED tv.

Alright, tu la antara tujuan aku. But sekarang nie aku tengah blur nak beli CPU and LED tv yang mana satu..hehe. Kalau nak tau, tunggu je la update yang akan datang ok. Insyallah......



....assalammualaikum....


March 15, 2012

Saya perlukan tiger balm...




Sakit kepala, pening, tension, stress, letih, mengantuk, semuanya aku rasa dalam dua tiga minggu nie. Semaunya sebab satu activity that we call "Sock Take". Aku tak berapa nak paham sangat pasal stock take nie, so aku tak tau nak explain apa tu stock take kat korang semua. Tapi tue la yang office-mate aku dok selalu sebut..hehe. Kalau tak salah aku (diorang la yang cakap kat aku) stock take nie macam kira balik stock-stock yang ada kat store + stock yang kita jual kat floor = keuntungan. Lebih kurang macam tue la.

Actually dalam hal nie aku takder kena mengena pun, cuma aku (aku sorang jer) dipertanggung-jawabkan untuk buat layout floor. Nak aku explain pasal "layout" pulak ke?? hehehe. Serious aku cakap memang aku jadi zombie dua minggu nie. Tak cukup tidur, tak cukup makan, tak cukup masa, tak cukup tenaga, waarrrggghhh! (dah start nak jadi zombie la tu) hehe. Tu nasib baik 3 tingkat punya building layout, buatnya kalau lima lapan tingkat?? Mau nya aku masuk wad mental dah. Tak sempat buat kat office, sambung buat kat rumah pulak. Adooiii..macam nie rupanya penangan stock take yang office-mate aku dok histeria sebelum nie.

Ok lar, actually aku tak siap lagi buat layout tu. Nie nak sambung lagi la nie, saje curi-curi masa update blog kacak aku nie..hehehe. Alright kawan-kawan, izinkan aku mengundur diri dulu ok. Papai~



....assalammualaikum....

March 10, 2012

Just let her go...



I'm broken, I'm tired
there ain't nothing left to say
I'm crying, did't meant to watch as
you just walked away

Just let her go
it's to far in motion
just let her go
my heart can gain control
it's too late, it's too far
you're leaving me behind
just let her go

I should take it all back
all the kisses I gave you
the tears that you left me with
don't know how to react
on my own, by myself
just let her go.......



.... x__x ....

March 7, 2012

Hanya mahu dia tahu...




Tak kisah la apa agama dia, apa bangsa dia, apa status dia, apa warna kulit dia atau apa pun nama dia, yang penting dia baik dengan aku. Biar apa pun orang nak kata atau gossip pasal aku dengan dia, itu memang lumrah dan itu semua tak memberi kesan apa pun terhadap hubungan kami. Nama dia Karpagam, Karpagam a/p Ellapan atau nama lainnya Siti Solehah Bt. Abdullah, dia suka nama Islam tu. Apa yang pasti kami bukan pasangan kekasih, kami lebih selesa berkawan. Tiada ungkapan "teman tapi mesra" mahupun "scandal" bagi kami berdua ok.

Dia baik sangat bagi aku. Dia paham apa yang aku rasa dan apa yang aku luahkan kat dia. Yup, dia tempat aku luahkan perasaan, marah, sedih, kecewa, gembira...semuanya. Aku jadikan dia sebagai semangat untuk aku bekerja walaupun aku dah tawar hati nak datang kerja kat company tu. Aku takkan lepaskan peluang untuk keluar rehat petang sekali dengan dia, sebab time tu la waktunya kitorang share story. Selalunya rehat tengahari aku keluar dengan kawan-kawan lelaki aku. Rehat petang sejam tu rasa macam 10 minit jer, macam-macam yang kitorang borak. Ada yang cakap aku nie lupa kawan-kawan lain, lebih pentingkan perempuan. Diorang sebenarnya tak paham, aku lebih selesa share masalah or whatever dengan dia. Kalau dengan kawan-kawan lain aku jadi segan, tak tau kenapa. Dia antara kawan yang terbaik pernah aku ada and aku sayang dia sangat-sangat!

"find something that you love
in doing something that you hate"

Hari nie birthday dia (07 March). Aku wish birthday dia through SMS jer, aku nak call rasa segan. Aku tak tau nak bagi present apa kat dia sebab aku tak tau apa yang dia minat. Dah nama pun kawan-kawan kan, so tak berapa nak mengenali dia sangat..huhu. Tengok la macam mana, maybe aku keluar hari kamis nanti cari present untuk dia. Takper, biar lambat janji ikhlas nak bagi kan? hehe. Actually aku nak cerita banyak lagi pasal dia, tapi mata nie tak mengizinkan. Penat hari-hari kerja sampai malam. Nanti kalau ada masa aku buat special post pasal dia lagi ok. Good night semua~


....assalammualaikum....

March 6, 2012

Tolong saya! Apa patut saya bagi....



Please...please...pleaseeeee.... Apa patut aku bagi kat dia sempena hari ulang tahun dia yang ke-22 nie?? Serious aku tengah blur giler sekarang nie. Hari jadi dia rabu nie (07 March), dah dekat sangat-sangat dah nie. Yang lagi masalahnya ialah aku langsung tak tahu apa yang dia minat. Wwwaaaaa..nak nangis la macam nie..huhu. Bajet aku dalam 1 atau 2 rat jer, yang penting ikhlas kan?? heeee. Please yer kawan-kawan semua, harap sangat ada yang comment post aku nie. Walaupun aku jarang sangat-sangat update blog nie, inikan pulak nak blog walking blog-blog lain. Thanks kepada yang comment / bagi idea. Yang bagi idea mengarut-ngarut pun thanks jugak lar ek. huhuhu....



....assalammualaikum....

March 3, 2012

Be a hero, save more lives...




Setakat nie dah berapa banyak kali korang semua menderma darah? sekali, dua kali, tiga kali atau berkali-kali? Korang tahu tak kelebihan orang yang menderma darah? kalau tak tahu korang boleh tanya kat Mr and Mrs Google ok. Malas aku nak explain..heeee.

Owhh yer, jangan tanya kenapa aku dah lama tak update blog aku nie. Tiada alasan lain selain "busy / sibuk". Anyway aku just nak promote kempen derma darah yang company aku akan adakan besok and lusa ( 3+4 March 2012 ). Siapa-siapa yang duduk kat area-area Shah Alam boleh la datang menjayakan kempen derma darah nie ok. Ada goodies bag tau, macam-macam ada dalam goodies bag tu. Untung la siapa yang derma darah besok and lusa..hehehe. Satu lagi, nanti korang dapat sijil dari Pusat Darah Negara bila korang menderma. Terbaeekkkk tak?? hehehe...


Actually aku diberi tugas "last minute" oleh boss aku untuk design-kan banner and ID tag sempena kempen derma darah tu. Oleh sebab namenye pon "last minute", so dengan itu design-nye pun last minute jugak sampai aku salah ayat kat banner tu, patutnya lives bukannya lifes..hahaha. Padan muka aku buat simple-simple jer. Bak kata nenek aku, "dah nak berak sangat, time tu la nak korek lubang". Korang pun mesti pernah dengar ayat tu kan. Agak jijik jugak bunyi nye..hahaha.



....assalammualaikum....