.

.

November 24, 2011

The Robot Remains!

Fuhhh fuhhhh fuhhh...perghhh! berhabuk berdaki semua ada blog IdealCrazeeZone nie, dah macam kotak PSone yang kat bawah katil aku tu. Berkurun aku tinggalkan blog aku nie, ayat yang dah biasa blog aku dengar "busy kerja maa"..hehe. Orite, korang pernah dengar "Jabbawockeez" tak?? kalau tak pernah pergi search kat Youtube cepat, confirm korang akan terus click-click video diorang yang lain.


Aku cukup suka betul dengan team The Bangerz, best tengok diorang terkinja-kinja atas stage tu..hehe. Kalau korang semua nak tau aku pernah pasang impian nak ada team dance macam tue jugak. Style kot! hahaha..Hari rabu mingge lepas company aku ada buat Annual Dinner, so setiap branch kena buat at least 2 performance. Masing-masing blur tak tau nak perform apa, so aku bagi la pendapat supaya buat dance group. Bagi diorang tengok video Jabbawockeez tu, then diorang setuju nak buat. Aku antara staff yang beriya-iya nak dance..hehe. Boss suka gila tengok masa kitorang tengah training, then dia bagi cadangan jadikan kitorang punya performance sebagai gimik untuk annual dinner tu.


Serius aku excited gila masa tengah perform malam tu, sebab semua yang tengok berdiri sambil bersorak-sorak kat kitorang. The best moment is semua VVIP yang datang berdiri and tepuk tangan lepas kitorang abis perform. Tapi sedihnya kitorang tak dapat copy video performance kitorang, masing-masing kemut nak bagi..huhu. Yang dapat cuma gambar jer, takper la janji ade kenangan untuk performance kitorang malam tu.




....assalammualaikum....