.

.

September 10, 2011

Belia benci anjing...



Mengikut kajian yang dilakukan oleh Badan Pencegah Maksiat Negeri Di Bawah Bayu, seramai 8 daripada 10 orang masyarakat Malaysia tidak menyukai haiwan yang bergelar "Anjing" atau bahasa saintifiknya "Anjin Tapioca Nadal". Kenyataan ini disokong kuat oleh blog IdealCrazeeZone yang mengeluarkan entry berunsur syirik ini kerana beliau sangat berang terhadap anjin bertompok cokelat yang menyerang beliau pada malam Khamis lalu. Beliau sangat bernasib baik kerana anjin pertengahan usia itu tidak mampu menyaingi kepantasan beliau berlari pada malam tersebut.

Pada malam kejadian kira-kira jam 11.20 malam, mangsa yang bernama IdealCrazee (23) pulang dari tempat kerja dengan berjalan kaki seorang diri ditemani cahaya bulan syawal. Pada mulanya mangsa tidak menyedari akan kehadiran anjin berbaka parsi itu sedang berbaring ditepi jalan. Namun bunyi yang terhasil dari sepakan sudut mangsa ke atas tin kosong berjenama Livita "less sugar" telah mengejutkan si anjin tersebut. Si anjin yang terkejut lalu naik berang kerana mimpi basahnya diganggu oleh mangsa. Nyalakkan si anjin membuatkan mangsa terkejut lalu naik berang juga membuatkan si mangsa membaling batu ke arah si anjin. Si anjin yang sedang berang lalu mengejar mangsa dengan kelajuan 30km/j tanpa ada rasa bersalah. Mangsa yang panik terus berlari sambil berteriak meminta tolong. Hahaha...lawak giler bila terfikir balik time tu, malu pun ade..hehehe.

Namun mangsa bernasib baik kerana si anjin tidak terus mengejar beliau. Mangsa yang dalam keadaan kepenatan sempat mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anjin tersebut sebelum meneruskan perjalanan pulang. Mangsa akhirnya selamat sampai ke rumahnya walaupun kepenatan dikejar anjin gatal tadi. - THE END -



....assalammualaikum....

No comments: