.

.

August 2, 2011

Bazar ramadhan seksyen lapan belas...


Bazar ramadhan, tempat sesuai untuk warga kota membeli juadah untuk berbuka puasa pabila azan waktu Maghrib dilaungkan di corong-corong speaker surau ataupun masjid. Waahhh..terasa agak kekok jugak aku nak menaip karangan macam gini..hehe. Sebenarnye aku nak kongsi cerita dengan korang semua pasal hari pertama aku ke bazar ramadhan.


Korang pernah pergi bazar kat seksyen 18, Shah Alam tak?? Off course tak pernah kan? Sebab hari nie baru diorang bukak bazar kat situ. Semalam pasar malam, so geng-geng bazar terpaksa mengundur diri untuk memberi laluan kepada geng-geng pasar malam mencari rezeki diorang. So setiap hari senin memang tak akan ada bazar ramadhan kat seksyen 18 tu.Alright, tu cerita pasal salah silah dia. Sekarang aku nak cerita pasal keadaan dan suasana dia pulak. Kalau korang ada facebook aku confirm korang dah tau apa yang aku nak cerita sekarang nie, sebab aku ade buat post pasal bazar tu tadi..hehe. Straight to da point jer la ek? Seriously keadan bazar tu agak menyedihkan. Sebab apa? sebab kawasan bazar tu agak sempit. Sempit satu hal, satu lagi sesak, sesak dengan orang-orang yang datang. Owhh lupa nak bagitau, gambar diatas bukanlah gambar sebenar, hanya sekadar hiasan entry sahaja..hehe.


Tadi aku pergi la bazar tu, tetiba terasa nak berbuka kepak ayam bakar bermadu RM1.20 satu..hehe. So habis kerja dalam pukul 6 tadi aku straight pergi bazar tu. Perrgghhh..sampai-sampai je terus hilang mood, sebab tengok entrance dia pon da beratur orang nak masuk. Tapi disebabkan perut mengidam kepak ayam bermadu tu aku redah jer la.Nak tau ramai mana orang kat situ, begini-gini ramainya korang tau tak. (sambil menepuk high-five dibelakang tangan kiri). Seriously ramai giler..orang luar + orang dalam + budak-budak UITM + pekerja-pekerja Mydin yang berhampiran. Kalau korang pergi tak berlaga punggung memang tak sah la orang kata..huhu. 45 minit bai aku kat dalam bazar tu, sampai ke hujung bazar tu aku jalan cari kepak ayam. Nak kata bazar tu panjang takder la panjang mana pon, ciput je. Tapi disebabkan ramai orang tu yang membuatkan bazar tu terasa panjang.


Penat berjalan, kaki letih, mood kepak ayam pon dah hilang. So aku decide keluar jer dari bazar tu. Fuhhh terasa macam join perhimpunan bersih sat tadi..huhu. 45 minit mase aku terbuang dok dalam bazar tu, keluar tangan kosong jer..sedih betul. Sesampai je kat rumah dengan muka stim and lesu aku terbau ayam bakar. Berlari aku pergi bukak tudung saji. Alhamdilillah, kepak ayam bakar bermadu terhidang di situ. Mak aku pelik tengok aku tersenyum kat depan tudung saji. Oiii!!! tak puasa ke?? sampuk ayah aku. Aku dengan muka semenyenye capai tuala terus masuk bilik air. Maaf tak sempat nak amik gambar kepak ayam tu. Sangat lazat kowt..hehe. Kesimpulannya diharapkan pihak yang berkaitan dapat mengubah keadaan sesak dan sempit tu kepada keadaan yang lebih selesa daripada keadaan yang sedia ada demi untuk keselesaan dan keselamatan para pelanggan bazar terbabit. The End =)



....assalammualaikum....

3 comments:

Cik Ainie Lalola said...

mama u tahu anaknye nak makan kepak ayam...
huhuhu

fiza ibrahim said...

td aku g sana, adala 2,3 owang bwk slr kn..xkn ko kot yg amek pix paso 18 tuh..meriah..hahah

iDeaL cRazEe said...

hahaha...xde makne aku nk amek gambo tgh sesak2 cmtu..baek cari kepak ayam bakor lg bagus... ;D