.

.

July 29, 2011

Saya terangsang bila hujung bulan...

Oh yeahh ahhhhh!!! Sorry aku tak boleh kawal nafsu aku bila dah hujung-hujung bulan macam nie. Entry kali ni agak 18SX sikit, tapi korang jangan risau sebab tiada gambar-gambar wanita separuh bogel atau apa-apa yang berunsurkan lucah di upload dalam entry nie. Aku sebenarnya just nak kongsi keinginan aku dengan korang semua. Keinginan??? betul ke ayat aku tu?  Tak kisah la, janji maksud ayat tu korang paham. 

Setiap kali hujung bulan jer mesti otak aku mula ter-imagine benda-benda yang aku gersang sangat nak ada. Maybe sebab aku jealous tengok orang lain ade, tapi aku takder kot..hehe. So kat sini aku tunjuk dan paparkan pada anda semua antara benda-benda yang selalu buat scene flash-back dalam fikiran aku setiap kali hujung bulan. Roll VT!!!


1st thing yang aku nak beli sebab jealous tengok chief IT aku pakai HTC Desire


yang ni memang dah lame aku aim, tapi sampai sekarang dok postpone


memang boring setiap kali hari cuti, so teringin nak angkat satu..2 pon takper kot
hehehe


yang ni aku rasa tak penting sangat kot bila dah ada Nokia N9 tu..hehe
sorry, gua bukan kaki DSLR, DLRS, DRSL, DLRT or what everrrr~


Alright, tu la benda-benda yang aku gersang sangat nak ada kat atas meja dalam bilik kecilku ini. Ade bran tak belanja aku sebijik?? Sesungguhnya membuat amal jariah dikala bulan Ramadhan tiba amatlah diharuskan. Please please please....seriously aku sangap!!!! =)

" biar gaji ciput, janji jangan kemut "


....assalammuaikum....

July 27, 2011

He's always by our side...


Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul beramai-ramai pada malam khamis yang indah ini sambil membaca entry merepek dari blog IdealCrazeeZone yang sudah lama ditinggalkan terbiar usang kerana tuan empunya blog amatlah busy dengan kerja-kerjanya sehingga mengabaikan blog yang sangat comel ini. Terbaringnya saya di depan laptop HP Pavillion dv3000 ini adalah untuk berkongsi kisah gembira saya dengan anda semua. Apa ceritanya??? sila click pada gambar untuk keterangan lanjut........


banyak kan gaji aku?? nanti belanje korang semua..hehe
sorry terpaksa di-sensored =P

Alhamdulillah, syukur teramat sangat kepada-Mu ya Allah kerana melimpahkan rezeki-Mu kepada hamba-Mu ini. Dengan ini, secara rasminya aku bergelar IT Assistant di syarikat Mydin Mart Trishaas Sdn. Bhd. dimana aku berkerja dibawah pimpinan En. Muizzuddin, chief IT aku. Semoga lepas nie aku akan terus maju kehadapan walaupun hanya sekadar memiliki Diploma In Multimedia. Kalau ada rezeki nanti aku nak sambung degree kat Multimedia University, memang da lama aku impikan...Insyallah. Korang doa-doakan untuk aku ye. Nanti aku belanja tart nenas ngan lemang 3 batang, raya kan da nak dekat..hehehe.  =)


....assalammualaikum....