.

.

June 7, 2011

I'm speechless...



          Yezzaaaa...hari nie umur aku genap 24 tahun..yeaayyyy!!! Rasa happy sebab hari nie birthday aku, tapi ada jugak rasa unhappy because aku dah semakin tua berusia..omg! huhu. Ntah la, taktau macam mana nak cakap ape yang aku rase setiap kali sampainya birthday aku.

          Selalunya birthday aku memang takder sape2 pon yang nak sambut, sepanjang aku hidup selama 23 tahun yang lepas memang aku tak pernah dapat kek yang ade tulisan " Happy Birthday Aidil! / Selamat Hari Lahir Aidil! " kat atas kek tu. Seriously memang aku tak pernah dapat birthday cake. Mungkin just aku sorang je yang ingat pasal birthday aku, setiap tahun aku berharap supaya ade sape2 bagi birthday cake kat aku. Seriously aku memang teringin sangat2 nak ade birthday cake sendiri bila birthday aku, tapi aku tau yang aku memang tak akan dapat and dah terbukti sebanyak 24 kali. Sooo sweet.

          Aku rase sangat excited setiap kali birthday aku nak sampai. Memang malam sebelum birthday aku takkan tidur. Countdown sorang2 dalam bilik. Tepat pukul 00:00 " Happy Birthday Aidil " secara tak sengaja bibir aku melafazkannya. Damn! time tu aku tetibe rase sebak gila terfikir dah 24 tahun aku hidup kat atas dunia nie, lagi berapa tahun pulak la yang aku akan hidup kat dunia nie. Dah sedia ke aku untuk masuk ke alam kedua tu nanti? Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa yang dah aku buat kat atas bumi ciptaan-Mu ini ya Allah. Saat tu roh aku da melayang ntah ke mana, fikir segala macam2 benda. Tetiba otak rase kosong je, blank sekejap sebelum tersedar yang air mata mengalir kat permukaan pipi.

          Sambil mengesat air mata, hati sedaya upaya memujuk aku supaya tabah. " oit3x, ape nie nangis2?? laki mana bole nangis la " . Senyuman mula terukir sebab terfikir lawak betul aku nie, menangis sorang2 time malam birthday sendiri. Buat malu jer kalau ade sape2 nampak. Tak macho langsung laki menangis, cepat2 aku kesat sisa air mata yang bertakung kat kelopak mata. Hmmm..cukup la sampai situ aku cerita ek? actually aku malu nak sambung lagi cerita nie..huhu.


" aku tak mahu diingatkan bila aku lahir, tapi aku mahu diingatkan yang aku akan mati "


thanks a lot to auntie customer yang bagi Nips nie

          Tadi aku dikejutkan dengan satu announcement kat tempat aku keje. " Perhatian kepada semua staff Mydin Mart Shah Alam, kami pihak Mydin ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Mohd Aidil yang bertugas di department cashier, ID staff 838911 yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada hari ini. Semoga...bla3x (aku tak ingat) ". Tersenyum aku sorang2 bile dengar announcement tu, rase terharu. Member2 lain semua datang tepuk2 bahu sambil wish happy birthday kat aku. Dalam hati " encik aidil sila cover ye, please jangan menangis kat sini, malu kita nanti ". Dalam keadaan yang sangat mengharukan tu, tiba2 ada sorang auntie india hulur coklat Nips kat aku. Dalam senyuman dia wish " Happy Birthday! ". Rezeki jangan ditolak, malu2 aku capai Nips yang dia bagi tu sambil membalas senyuman dia. Seriously kalau aku kelip mata time tu, confirm mencurah la air mata yang dah tersedia bertakung kat kelopak mata. Damn! semua tu buat aku sangat terharu giler............i'm speechless.



....assalammualaikum....

7 comments:

Budak Giler Cadbury said...

waaa sweet n sedey :(
btw happy bufday senior :)

Cik Ainie Lalola said...

tiap tahun mengalami benda yg sama...
hepi bezday ideal..
if i kat shah alam lg..ley sambut bezday u..hehehe

Aisumi Chan Kawa'i said...

selamat ulang tahun jari lahir :)

ukhti syikin said...

selamat ulang tahun kelahiran.. semoga umur di panjang kan.. di murahkan rezeki.. dan diberkarti di dunia dan akhirat :)...



*** errr kite sebaya yer hahah... me also rasa this year 24 dah rasa tua sangat :D

zombie said...

sebenarnya auntie customer tu aku yang upah suruh bagi nips dekat kau. Jangan sedih sangat. haha

iDeaL cRazEe said...

Hehehe..thx korang semua. Agaknye kalau aku xbuat entry ni, mesti korang pon x ingat bezday aku kan?? hehe...Anyway thx again ^_^

Cik Ainie Lalola said...

u x wat entry ni pun..ada gak yg ingat tau...terutamanya i..hehehe..

jgn lupa yg i ni stalker terbaik u.. :P