.

.

June 17, 2011

Hye, i'm ideal crazee and this is...



WARNING
the word in this blog were written by crazy person
so for your safety and the protection of those around you
do not attempt any of words you're about to read

Waaahhh...berbaur poyo sungguh ayat kat atas nie yek..hehe. Just nak inform yang sekarang nie IdealCrazeeZone sudah berwajah baru selepas
di-hack oleh Anonymous sebentar tadi. Jangan mara arrr~
cantek tak, cantek tak, cantek tak?? heee... =)



Another good news for all IdealCrazeeZone blog's followers
sekarang nie IdealCrazeeZone sudah ade official Facebook page
dulu ade, tapi TER-delete sudah. Sorry..heeee...
- like like like like like like like -


....assalammualaikum....

Ops Malaysia : Blog aku pun kena hack!




mrCrazee have no idea about this..Mood equal to tension + jiwa kacau
mrCrazee is currently try to solving this freaking shit!
tteeeeeeeeeetttttttt~



....assalammualikum....

June 16, 2011

Do not persuade my heart...




mrCrazee is currently in Jiwa Kacau mood
he is totally insane right now
for your safety and the protection of those around you
please do not try to persuade his heart
and the most important is
please don't drink and drive, beware of dog!



....assalammualaikum....

June 10, 2011

The next episode...



Allright, semalam hari ke-2 aku training untuk jadi IT Technician kat Mydin Mart Shah Alam. Best la jugak because kerja dia tak meletihkan macam kerja aku jadi cashier sebelum nie. Masa datang interview nak mintak kerja hari tu aku just apply untuk jadi pembantu inventory je, tapi disebabkan dah penuh aku di-offer untuk menjadi cashier. So aku on ajer, cashier pun cashier la janji aku ade kerja nak buat daripada duduk rumah jer. Sepanjang jadi cashier aku tak banyak buat masalah, datang awal, kerja semua ok. Biasa la budak baru kan, memang skema la aku time tu..hehe.

Dua bulan lebih aku bergelar cashier kat Mydin Mart Shah Alam tu. Masuk pukul 9am keluar pulak pukul 11pm, hari2 macam tu. Fuuhhh..penat memang penat tapi best because kawan2 kerja semua sebulu. Gelak2 jer bila time kerja. Seronok kawan dengan diorang semua, tapi sekarang keseronokan tu dah hilang. Hari Selasa lepas, masa tengah dok melayan customer and scan2 barang, aku dapat call dari customer service " hello sayang, gi masuk bilik sir Silvam sekarang, dia nak jumpa kau". Dalam hati " OMG, aku ade buat ape2 salah ke? aku ade curi duit kat counter ke?? ". Berdebar2 hati aku saat kaki  melangkah masuk bilik sir Silvam. Setengah jam aku duduk dalam bilik tu rupanyer diorang nak offer aku untuk jadi IT Technician..buat suspend jer..huhu.

Alhamdulillah, syukur sangat2 kat Allah s.w.t sebab bagi aku peluang nie. Memang aku agak terkejut masa di-offer tu because baru 2 bulan jer kot aku kerja kt Mydin tu tapi dah di-offer untuk jadi IT Technician. Yang aku pelik macam mane diorang dapat tau yang aku nie ade certificate Diploma In Multimedia sedangkan hari tu aku interview guna result SPM jer..huhu. Buat masa nie aku still as cashier, but in training untuk jadi IT Technician at the same time. Agak excited jugak aku nak jadi technician tu, because dah lame aku mencari kerja yang berkaitan dengan bidang yang aku study dulu. Korang semua doa2kan untuk aku yer, nanti aku belanje Milo Choco Bar..hehehe. =)


" bekerja keras untuk jadi pandai, bukan jadi pandai untuk bekerja keras "


hope korang semua suka dengan chocolate nie..heee

Hari selasa yang lepas birthday aku, so aku dengan hati terbuka berniat nak belanja semua kawan2 aku kat department cashier tu. Actually aku taktau nak belanja ape untuk diorang because budget pun ciput jer..hehe. Mulanya aku nak belanja diorang chocolate Cadbury, tapi aku teringat kata2 sorang kawan aku nie " antara chocolate Cadbury and Milo, chocolate Milo is more better sebab Cadbury manis sangat ". So aku decide belanje diorang semua chocolate Milo Choco Bar yang berharga RM2.50 sahaja + Cloud 9. Sorry la kawan2, itu je yang aku mampu nak bagi kat korang. Korang pun tau kan gaji cashier banyak mane je pun..hehe. So enjoy it.!!!! =)



....assalammualaikum....

June 7, 2011

I'm speechless...



          Yezzaaaa...hari nie umur aku genap 24 tahun..yeaayyyy!!! Rasa happy sebab hari nie birthday aku, tapi ada jugak rasa unhappy because aku dah semakin tua berusia..omg! huhu. Ntah la, taktau macam mana nak cakap ape yang aku rase setiap kali sampainya birthday aku.

          Selalunya birthday aku memang takder sape2 pon yang nak sambut, sepanjang aku hidup selama 23 tahun yang lepas memang aku tak pernah dapat kek yang ade tulisan " Happy Birthday Aidil! / Selamat Hari Lahir Aidil! " kat atas kek tu. Seriously memang aku tak pernah dapat birthday cake. Mungkin just aku sorang je yang ingat pasal birthday aku, setiap tahun aku berharap supaya ade sape2 bagi birthday cake kat aku. Seriously aku memang teringin sangat2 nak ade birthday cake sendiri bila birthday aku, tapi aku tau yang aku memang tak akan dapat and dah terbukti sebanyak 24 kali. Sooo sweet.

          Aku rase sangat excited setiap kali birthday aku nak sampai. Memang malam sebelum birthday aku takkan tidur. Countdown sorang2 dalam bilik. Tepat pukul 00:00 " Happy Birthday Aidil " secara tak sengaja bibir aku melafazkannya. Damn! time tu aku tetibe rase sebak gila terfikir dah 24 tahun aku hidup kat atas dunia nie, lagi berapa tahun pulak la yang aku akan hidup kat dunia nie. Dah sedia ke aku untuk masuk ke alam kedua tu nanti? Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa yang dah aku buat kat atas bumi ciptaan-Mu ini ya Allah. Saat tu roh aku da melayang ntah ke mana, fikir segala macam2 benda. Tetiba otak rase kosong je, blank sekejap sebelum tersedar yang air mata mengalir kat permukaan pipi.

          Sambil mengesat air mata, hati sedaya upaya memujuk aku supaya tabah. " oit3x, ape nie nangis2?? laki mana bole nangis la " . Senyuman mula terukir sebab terfikir lawak betul aku nie, menangis sorang2 time malam birthday sendiri. Buat malu jer kalau ade sape2 nampak. Tak macho langsung laki menangis, cepat2 aku kesat sisa air mata yang bertakung kat kelopak mata. Hmmm..cukup la sampai situ aku cerita ek? actually aku malu nak sambung lagi cerita nie..huhu.


" aku tak mahu diingatkan bila aku lahir, tapi aku mahu diingatkan yang aku akan mati "


thanks a lot to auntie customer yang bagi Nips nie

          Tadi aku dikejutkan dengan satu announcement kat tempat aku keje. " Perhatian kepada semua staff Mydin Mart Shah Alam, kami pihak Mydin ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Mohd Aidil yang bertugas di department cashier, ID staff 838911 yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada hari ini. Semoga...bla3x (aku tak ingat) ". Tersenyum aku sorang2 bile dengar announcement tu, rase terharu. Member2 lain semua datang tepuk2 bahu sambil wish happy birthday kat aku. Dalam hati " encik aidil sila cover ye, please jangan menangis kat sini, malu kita nanti ". Dalam keadaan yang sangat mengharukan tu, tiba2 ada sorang auntie india hulur coklat Nips kat aku. Dalam senyuman dia wish " Happy Birthday! ". Rezeki jangan ditolak, malu2 aku capai Nips yang dia bagi tu sambil membalas senyuman dia. Seriously kalau aku kelip mata time tu, confirm mencurah la air mata yang dah tersedia bertakung kat kelopak mata. Damn! semua tu buat aku sangat terharu giler............i'm speechless.



....assalammualaikum....

June 2, 2011

Biar hati berbicara sendiri...


Sorry la tajuk entry yang agak tak boleh blah, tapi *AAK..hehehe. Makan tido, makan tido tak perasan yang hari nie da masuk bulan June rupenye. May berlalu pergi tanpa aku sedari sebab aku bangun tido pukul 12 tengahari tadi..hehe. Biase la tu hidup sebagai seorang lelaki bujang yang kacak memang macam tu. Ape yang korang cebik2 tu haa? macam la korang tak pernah bangun lewat..huh! *ade aku kesah.

Alright, just forget it ok..entry kali ni aku cuma nak kongsi ape yang hati aku sedang berbicara. Before that, sila jangan muntah di keyboard komputer mahupun lappy anda. Perhatian kepada ibu2 yang sedang mengandung, anda di nasihatkan supaya tidak terus membaca kandungan entry ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kandungan anda turut termuntah. Pihak IdealCrazeeZone tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat perkara2 buruk menimpa para pembaca entry ini. Sekian terima kasih daun keladi, sudah baca sila like dan follow sekali..heee =)


" yup, aku mengaku memang aku suka dia "
" hati terasa tenang saat merenung dia "
"  kenangan bersama kekal selamanya sekalipun kau hilang di mata "
" Rabu adalah hari ku merindui dia "
" aku bahagia bertemankan dia "
" bagi aku terlalu indah setiap detik bersama "
" walau kita hanya berstatus TEMAN "
" aku tahu kau akan pergi meninggalkan aku jua "
" aku rela terluka daripada aku hidup tanpa kenal erti CINTA "


ideal crazee is currently in freakin love mood
kalau dia baca entry ni, harap2 dia tak tuduh aku yang bagi dia surat jiwang tu
sorry, aku tak jiwang ok..teeeettttttttt~



....assalammualaikum....