.

.

April 29, 2011

Wan Blue dah kahwin rupanya...


          Orite..tadi lepas balik kerja mrCrazee teringin nak makan burger ayam special. Ya, mrCrazee merupakan salah seorang pekerja Mydin Mart Shah Alam yang sedang menunggu masa untuk diberhentikan kerja kerana acap kali mengambil cuti bersalin sakit yang melampaui batas norma seorang lelaki bujang kacak..hehe. Perkara ini dipandang serius oleh mrCrazee sendiri kerana dalam seminggu 4 kali mrCrazee ambil cuti sakit tanpa excuse mc..huhu. Ini adalah kerana mrCrazee malas nak pergi klinik (walaupun nurse2 kat situ sangat sexy ok) ekoran harga ubat yang perlu dibayar adalah menyamai harge gaji mrCrazee keje sehari + ot. Then dapat mc nye just sehari jer walaupun sakitnye macam 78% hampir mati. Sungguh tak berbaloi kan?? Jadi jagalah kesihatan anda dan keluarga anda sewajarnya, pesanan ringkas dari IdealCrazeeZone..hehe.

          Ok..dah puas bieber bebel, jom sambung cerita pasal burger ayam special tadi..hehe. "Bang, ayam special satu!" pesanan dengan suara serak2 basah gitu..hehe. "Siap!" ringkas sahut abang burger tu walaupun pada zahirnya pesanan mrCrazee tadi masih belum dilaksanakannya..huhu. MrCrazee pon double stand kan motor sambil buat lagak santai sambil tunggu burger yang dah "siap" tu. Tengah syok tunggu buger sambil mengira bintang di langit kelam tetiba ade satu motor datang parking kat sebelah. Korang tau siapa?? Wan Blue korang kenal?? Memang pelik name member2 sekolah mrCrazee nie. Kitorang panggil dia Wan Blue sebab dulu time sekolah menengah dia nie tauke blue, cakap je nak yang mane satu confirm dia ade..hehe. Kaki gaduh, kaki pau, kaki ponteng, semua kaki la dia ade. Conclusion nye dia nie memang pelajar paling bermasalah la dalam sekolah tu.

          Tapi tu semua cerita dulu, cerita zaman2 sekolah dulu. Sekarang dah berubah da kot, insyallah..hehe. Tapi masa mrCrazee jumpa dia tadi memang nampak la yang dia da berubah, tak macam dulu lagi. Dia sekarang dah berbini dah, 2 orang anak lagi. Tahniah la buat dia walaupun dia kahwin tak jemput mrCrazee datang pun..huhu. Dengar cerita ramai dah budak kelas form5 mrCrazee dulu dah kahwin and dah ade 2 3 orang anak dah pun. Hhmmm..part ni yang mrCrazee lemah nie, ntah bila la pulak turn mrCrazee kan? Sabor je la, kalau ada jodoh tak ke mana kan? Cinta tu akan datang sendiri kat kita suatu hari nanti..insyallah. So ape yang penting kat sini adalah..kita enjoyyyy!!!! hehehe... =)


....asssalammualaikum...

April 27, 2011

12 tanda anda bakal jadi Zuckerberg II...

Sorry because dah lame mrCrazee tak update IdealCrazeeZone yg cute nie sebab agak busy dengan macam2 project and business. Buat mase ni korang layan je la apa yang mrCrazee update nie ok. Nanti ada masa lagi mrCrazee update yang lain pulak ok. Promise...hehehe =)

#1 : Anda menggunakan lebih daripada satu komputer / lappy dalam satu masa.

#2 : Anda sanggup merekabentuk sendiri komputer mudah alih anda.