.

.

February 18, 2011

Lelaki yang ditarik wanita ke neraka...




Orite..malam ni mrCrazee nak share something dengan hangpa semua. Artikel nie bukan untuk memperkecilkan wanita, tetapi sebaliknya iaitu supaya lelaki memainkan perananya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.

Seseorang wanita itu apabila di akhirat, dia akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka iaitu :

1. Ayahnya.
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuanya tidak menutup aurat. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk si suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila si suami mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim. Maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya.
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, maka dia juga akan ditarik ke dalam neraka oleh adik perempuannya.

4. Anak lelakinya.
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat. Maka tunggulah tarikan si ibu di akhirat kelak.

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat tarikannya juga hebat, maka kaum lelaki yang bergelar Ayah, Suami, Abang atau Anak harus memainkan peranan mereka.

firma Allah s.w.t
" hai anak Adam, periharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya terdiri daripada manusia, jin dan batu-batu... "


renung-renungkan dan selamat beramal
....assalammualaikum....

9 comments:

Budak Giler Cadbury said...

yeah nina da penah bace kat satu blog tu :) btw... nice entri nina rase.. sharing is caring yawww hehehe

lavender harum wangi said...

tanggungjawab seorang lelaki tu memang berat~ >,<

Cik Ainie @ Lola said...

nice entry.. bila dilahirkan sebagai lelaki..inilah tanggungjawabnya yg sebenar,,,bukan ley main2...laksanakan lah tanggungjawab ini dengan sebaik2nye... :)

nina,mcm dgr je ayat sharing is caring yawww...hehehe

xazryx said...

berat beratt . :(

iDeaL cRazEe said...

nina : yes...sharing is caring yawww..hehe

lavender : pompuan punye dose laki plak kne tanggung..huhu

iDeaL cRazEe said...

lola : baekkkk cikLola..hehehe ^_^

xazryx : berat lg bahu yg memikul..haha

tomato said...

err , jadiklah perempuan solehah :)

Cik Kyla said...

assalamualaikum..
yep..
pernah terbaca akan hal ini...
maka kena saling beringat :)

Que a.k.a roulblur said...

best..*-*