.

.

November 21, 2010

Sepuluh saat...



Ulu Chepor - Siapa sangka pengalaman lemas dapat membuatkan seseorang itu tampak lebih gembira dan ceria. Tiada ungkapan lain selain tertawa riang selepas dikatakan lemas selama lebih kurang sepuluh saat di sungai Ulu Chepor, Perak baru-baru ini. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi tersebut, Nurul Unie dan Fahmila masing-masing berumur lingkungan 20an dikatakan cuba berenang-renang anak di muara sungai berkenanan tanpa menyangka kedalam sungai tersebut. Malangnya mereka gagal mengapungkan diri masing-masing mengakibatkan mereka hampir lemas.

          Pada mulanya mereka yang seramai lebih kurang 20 orang hanya sekadar mahu bersuka ria di sungai berkenaan selepas menamatkan pengajian di salah sebuah pusat pengajian tinggi berdekatan jalan Greentown, Ipoh. Keadaan semakin teruk pada ketika itu apabila kedua-dua mangsa menjadi panik yang sedaya upaya untuk mengapungkan diri (apa yang saksi lihat ketika itu ialah kedua-dua mangsa kelihatan saling cuba untuk melemaskan antara satu sama lain)...hehehe..opss..sorry tergelak plak.. =P


 Rosdi, terpaksa menerima 13 jahitan di dada baju.

          Kejadian itu disedari oleh rakan-rakannya yang lantas pergi untuk menyelamatkan mereka berdua. Manakala rakannya yang lain pula hanya membatukan diri sambil terbahak-bahak ketawa ria dan kejam. Tetapi apa yang peliknya pada ketika itu, rakan lelaki yang cuba untuk menyelamatkannya turut “dilemaskan” bersama sehingga menyebabkan salah seorang daripada rakan lelaki itu lebam diperut ekoran dipijak mangsa. Manakala seorang lagi terpaksa menerima jahitan dibajunya kerana ditarik mangsa yang panik ketika itu. Keadaan ini menyebabkan aktiviti meyelamat mangsa bertambah roommate..ehh bkan..bertambah rumit sehingga berlarutan selama lebih kurang 10 saat. Mangsa yg berjaya diselamatkan dibawa naik ke darat untuk dibedah siasat. Apa yang mengejutkan disini ialah sejurus diselamatkan, mangsa kelihatan sangat gembira sambil tertawa riang seperti di dalam gambar.

sumber :
Crazee News

2 comments:

grOundnUt said...

lalalalalallaa...tumpang lalu...^^'

hanisahhamid said...

superman tu kacak :)